Manifestasi hiburan terhadap tingkah laku disruptif melalui jejak digital instagram dalam kalangan remaja di Terengganu

Zalmizy Hussin, and Siti Rohana Ahmad, (2024) Manifestasi hiburan terhadap tingkah laku disruptif melalui jejak digital instagram dalam kalangan remaja di Terengganu. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (1). pp. 35-50. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
666kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Artikel ini mengkaji tingkah laku distuptif melalui jejak digital Instagram. Penggunaan meluas platform media sosial, terutamanya Instagram telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesan aktiviti dalam talian terhadap tingkah laku remaja. Dengan menganalisis jejak digital yang ditinggalkan oleh remaja di Instagram, kajian ini bertujuan untuk mengkaji manifestasi hiburan terhadap tingkah laku disruptif yang dibina daripada jejak digital. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes kritikal terhadap catatan Instagram untuk memberikan pemahaman menyeluruh mengenai fenomena ini. Sampel seramai 21 orang yang diambil dengan menggunakan persampelan bertujuan dan persampelan bola salji. Data kajian dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian tidak ikut serta, temu bual secara mendalam dan temu bual kumpulan fokus. Data kajian dianalisis melalui analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan lapan manifestasi hiburan yang dibina oleh remaja yang mempengaruhi tingkah laku disruptif iaitu perhubungan, lawak, berita semasa, pendapat individu, aktiviti semasa, muzik, berita mistik dan kecantikkan. Implikasi hasil kajian ini menekankan keperluan ibu bapa, pendidik, dan pembuat dasar untuk mempromosikan literasi digital dan memberikan panduan kepada remaja dalam mengendalikan tingkah laku online secara berhemah dalam landskap digital secara berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Manifestasi hiburan; Tingkah laku disruptif; Jejak digital; Instagram; Remaja
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23474
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:10 May 2024 08:59
Last Modified:13 May 2024 01:03

Repository Staff Only: item control page