Komponen-komponen strategik dalam program rehabilitasi yang berkesan untuk sindrom covid berpanjangan: satu soroton literatur bersistematik

Lok, Alan Oh Kim and Siti Marziah Zakaria, and Salina Nen, (2024) Komponen-komponen strategik dalam program rehabilitasi yang berkesan untuk sindrom covid berpanjangan: satu soroton literatur bersistematik. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (1). pp. 61-73. ISSN 1823-884x

[img] PDF
493kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Kepulihan daripada komplikasi kesihatan oleh sebab sindrom COVID berpanjangan adalah satu pergelutan. Pesakit memperolehi manfaat daripada rehabilitasi sebagai sebahagian daripada perjalanan kepulihan mereka. Satu sorotan literatur bersistematik telah dilaksanakan berdasarkan garis panduan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) untuk meneroka reka bentuk program-program rehabilitasi. Daripada 356 artikel yang dikenal pasti, dikecualikan rekod duplikasi dan disaring, 63 artikel memenuhi kriteria kelayakan untuk diterima. Artikel-artikel yang telah diterima ini telah dianalisis dengan pendekatan Grounded Theory klasik. Ketepuan teoritikal tercapai dengan 28 artikel yang diterima ini. Dapatan penting sorotan bersistematik ini adalah komponen-komponen strategik dalam program rehabilitasi yang berkesan untuk sindrom COVID berpanjangan iaitu: (1) penaksiran dan pemantauan, (2) strategi utama dan (2) strategi sokongan. Kombinasi komponen-komponen ini direka bentuk dalam program rehabilitasi untuk memastikan keberkesanan program. Keberkesanan program dicapai apabila hasil-hasil rehabilitasi diperolehi: (1) mengurangkan gejala, (2) membawa kepada penambahbaikan dan (3) mengoptimakan system penjagaan pesakit-pesakit ini. Dalam kesimpulan, ia membekalkan tema-tema yang luas untuk diisi, disesuaikan dan diindividukan sesuatu program rehabilitasi semasa program dan pengisiannya direka bentuk untuk pesakit yang sedang mengharungi sindrom COVID berpanjangan.

Item Type:Article
Keywords:Rehabilitasi; Kondisi-pasca-COVID-19; Sindrom COVID berpanjangan; Strategi; Kepulihan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23477
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:10 May 2024 08:59
Last Modified:13 May 2024 01:04

Repository Staff Only: item control page