Pentafsiran reka bentuk kurikulum pendidikan seni bina Ecole Des Beaux Art dari sudut pandang pendidikan Seni Bina Malaysia

Kamarul Afizi Kosman, and Sarah Mohd Hilmee, (2023) Pentafsiran reka bentuk kurikulum pendidikan seni bina Ecole Des Beaux Art dari sudut pandang pendidikan Seni Bina Malaysia. Jurnal Kejuruteraan, SI -6 (1). pp. 353-365. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetengahkan ciri khas yang terdapat pada kurikulum pendidikan seni bina Ecole des Beaux-Arts, iaitu sebuah institusi pendidikan seni bina formal pertama di Eropah pada abad ke-17 yang mempengaruhi sebahagian besar pembentukan kurikulum pendidikan seni bina di peringkat antarabangsa termasuk juga di Malaysia. Matlamat perbincangan ini adalah untuk menyediakan asas kefahaman kepada pihak yang terlibat dalam pendidikan seni bina mengenai asal-usul serta ciri asas sesebuah kurikulum seni bina. Skop perbincangan melibatkan sejarah penubuhan sekolah seni bina Ecole des Beaux-Arts, sistem pendidikan seni bina yang dilaksanakan dan analisa kursus yang ditawarkan bagi mengenal pasti ciri khusus kurikulum pendidikan seni binanya. Metodologi penyelidikan yang diguna pakai dalam perbincangan ini ialah Interpretive Historical Research yang mana fakta sejarah yang diperoleh akan melalui sesi penyiasatan bukti, pengumpulan dan penyusunan bukti serta diakhiri dengan pembinaan naratif. Kurikulum pendidikan seni bina yang dilaksanakan oleh Ecole des Beaux-Arts tidak dinyatakan secara berstruktur seperti praktis kurikulum peringkat global pada hari ini. Justeru, penyelidikan ini secara khusus mengetengahkan kaedah penterjemahan maklumat kurikulum yang kabur, iaitu dalam bentuk penceritaan mengenai situasi pembelajaran seni bina silam kepada kurikulum berstruktur yang boleh dinilai bentuk fizikalnya serta boleh dibandingkan dengan sistem pendidikan seni bina masa kini. Penemuan akhir penyelidikan menunjukkan bahawa terdapat ciri-ciri khusus dalam kurikulum pendidikan seni bina oleh Ecole des Beaux- Arts berdasarkan kaedah pecahan kursus seperti yang diamalkan dalam sistem pendidikan seni bina Malaysia pada hari ini.

Item Type:Article
Keywords:Ecole des Beaux-Arts; Kurikulum Seni Bina; Pendidikan Seni Bina Malaysia
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:23481
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:07 May 2024 07:57
Last Modified:07 May 2024 07:57

Repository Staff Only: item control page