Analisis prestasi terma penghadang suria luaran sedia ada di Kampung Admiralty, Singapura

Low, Shi Nii and Zabidi Hamzah, and Noraziah Mohammad, and Mazlan Mohd Tahir, (2023) Analisis prestasi terma penghadang suria luaran sedia ada di Kampung Admiralty, Singapura. Jurnal Kejuruteraan, SI -6 (1). pp. 367-379. ISSN 0128-0198

[img] PDF
3MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/

Abstract

Penghadang suria luaran telah lama direka bentuk sebagai sebahagian daripada fasad bangunan untuk fungsi, estetik dan privasi. Dari aspek fungsi, ia digunakan untuk mengurangkan haba dan silau, sekali gus membantu meningkatkan kualiti terma serta pencahayaan bangunan. Dalam iklim tropika, sinaran matahari sepanjang tahun, terutamanya yang menghadap ke fasad bangunan timur atau barat dengan permukaan berkaca besar mungkin memberi masalah ketidakselesaan terma serta silau yang teruk. Kertas kerja ini menganalisis kesan sistem penghadang suria luaran sedia ada bagi sirip dan fasad hijau bangunan di Kampung Admiralty, Singapura. Kamera pengimejan terma digunakan untuk mengesan bacaan terma daripada semua sistem penghadangs suria fasad. Daripada perbandingan hasil, didapati setiap fasad bangunan memerlukan penyesuaian penghadang yang berlainan akibat sudut cahaya matahari yang berbeza. Fasad selatan paling baik dihadang dengan teduhan mendatar. Fasad timur dan barat memerlukan teduhan yang menghalang cahaya matahari masuk pada sudut rendah. Fasad utara boleh dibiarkan tanpa berhadang. Dinding hijau dengan tumbuh-tumbuhan yang sangat padat berfungsi dengan lebih berkesan daripada penebat haba dalam mengurangkan beban penyejukan bangunan. Kajian ini seterusnya meyakinkan keperluan untuk peranti teduhan suria, terutamanya di fasad selatan negara tropika.

Item Type:Article
Keywords:Iklim tropika; Peranti teduhan; Prestasi terma; Termografi inframerah
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:23483
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:07 May 2024 08:31
Last Modified:10 May 2024 02:01

Repository Staff Only: item control page