Persepsi pelajar terhadap pelaksanaan gamifikasi di luar kampus

Nurhamizah Rashid, and Norain Mod Asri, and Azrina Abdullah Al-Hadi, and Norshamliza Chamhuri, (2024) Persepsi pelajar terhadap pelaksanaan gamifikasi di luar kampus. e-Bangi Journal of Social Sciences dan Humanities, 21 (1). pp. 112-122. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
446kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Penerapan Econ Hunt yang tercetus daripada campuran elemen gamifikasi dan digital ke dalam kursus Makroekonomi 1 yang merupakan kursus wajib fakulti telah dapat menambah kefahaman pelajar berkaitan makroekonomi dan meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas makroekonomi. Econ Hunt ini amat penting terutama sekali apabila Econ Hunt dilaksanakan di luar kampus yang mana ia turut memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap dunia makroekonomi sebenar. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penggunaan gamifikasi dalam Econ Hunt yang dilaksanakan di luar kampus. Seramai 258 pelajar prasiswazah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) dilibatkan dalam kajian ini dan data dikumpul menggunakan Google Form dalam bentuk soalan tertutup. Menerusi analisis faktor dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS), terdapat lima komponen faktor penting yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap Econ Hunt iaitu kefahaman maklumat, tarikan subjek, pengurusan, sikap pelajar dan kesesuaian tempoh masa. Rentetan itu, terbukti bahawa gamifikasi digital yang dilakukan di luar kampus seperti Econ Hunt ini mampu memberi kesan yang baik terhadap proses pembelajaran pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Econ Hunt; Gamifikasi; Digital; Pembelajaran; Analisis faktor
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23484
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:10 May 2024 08:58
Last Modified:13 May 2024 01:26

Repository Staff Only: item control page