Pendekatan Biomimikri - Ilham Alam Semula Jadi dalam Reka Bentuk Seni Bina

Toh, Lai Fun and Shahril Ezral Shahril Izuan, and Zabidi Hamzah, and Noraziah Mohammad, and Mazlan Mohd Tahir, (2023) Pendekatan Biomimikri - Ilham Alam Semula Jadi dalam Reka Bentuk Seni Bina. Jurnal Kejuruteraan, SI-6 (1). pp. 407-418. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/

Abstract

Biomimikri adalah bidang penyelidikan yang semakin berkembang dalam seni bina dan kejuruteraan. Ia disifatkan sebagai flora, fauna atau keseluruhan ekosistem yang dicontohi sebagai asas reka bentuk kerana potensi untuk mewujudkan persekitaran binaan yang lebih mampan atau regeneratif. Namun, satu halangan yang perlu diperhatikan dalam aplikasi biomimikri iaitu dari segi kekurangan definisi yang jelas tentang pelbagai pendekatan biomimikri yang boleh digunakan oleh pereka. Objektif kajian termasuklah menganalisa biomimikri dan kaedah integrasinya dalam reka bentuk seni bina serta mengenalpasti pelbagai pendekatan biomimikri dalam reka bentuk seni bina. Melalui kajian pustaka, kertas kajian ini menghuraikan pendekatan berbeza untuk reka bentuk biomimikri. Perbandingan biomimikri dan ekomimikri telah diketengahkan untuk membincangkan perbezaan ciri-ciri yang membantu dalam reka bentuk. Pendekatan yang pelbagai ini boleh membawa kepada hasil yang berbeza dari segi kemampanan keseluruhan. Seterusnya, pendekatan biomimikri dalam reka bentuk seni bina yang menggabungkan pemahaman ekosistem semestinya boleh menjadi tunjang utama untuk mewujudkan persekitaran binaan dalam integrasi serta penjanaan semula ekosistem semula jadi. Daripada kajian, ia menjadi semakin jelas bahawa anjakan dalam pendekatan persekitaran binaan yang direka mesti dibuat Meniru kehidupan, termasuk interaksi kompleks antara organisma hidup yang membentuk ekosistem adalah contoh yang mudah didapati dan dipelajari Pendekatan ini memberi keuntungan bersama antara manusia dan alam semulajadi dan patut menjadi agenda masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Biomimikri; Reka bentuk seni bina; Ekomimikri
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:23489
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:08 May 2024 06:03
Last Modified:10 May 2024 03:11

Repository Staff Only: item control page