Persepsi pengguna terhadap kontena sebagai alternatif bangunan komersial di Malaysia II: Kajian Kes

Muhammad Farihan Irfan Mohd Nor, and Mohd Iskandar Abd Malek, and Ameera Zulaikha, (2023) Persepsi pengguna terhadap kontena sebagai alternatif bangunan komersial di Malaysia II: Kajian Kes. Jurnal Kejuruteraan, SI-6 (1). pp. 433-459. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/

Abstract

Kajian ini, yang merupakan bahagian kedua daripada dua bahagian, telah dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pengguna terhadap kontena sebagai alternatif bangunan komersial di Malaysia dan kriteria reka bentuk persekitaran yang dapat menyumbangkan kepada keselesaan termal di dalam kontena. Metodologi yang digunakan bagi kajian ini adal ah kaedah campur an. Konteks kajian penyelidikan ini melibatkan tiga projek kontena sedia ada di Lembah Klang. Teknik kajian bermula dengan soal selidik tertutup yang diedarkan kepada pengguna bagi mengenalpasti persepsi pengguna. Selepas itu, kajian kes dibangunkan dan dilakukan pemerhatian terhadap keadaan fizikal bagi ketiga-tiga lokasi kajian. Seterusnya analisa dilakukan berdasarkan dapatan dari soal selidik serta pemerhatian fizikal terhadap ketiga-tiga projek kontena tersebut bagi mengenalpasti kriteria reka bentuk persekitaran yang dapat menyumbangkan kepada keselesaan termal pada sesebuah kontena. Dapatan dari hasil kajian ini menunjukkan majoriti daripada pengguna secara relatifnya merasa selesa menginap dan menjalankan aktiviti di ketiga-tiga bangunan kontena tersebut dan bangunan kontena yang dikatakan mempunyai tahap keselesaan paling tinggi adalah dikelilingi dengan landskap lembut dan mempunyai kedudukan orientasi yang ideal terhadap sudut sinaran matahari. Hasil kajian ini merupakan dokumen yang boleh dijadikan rujukan dalam memahami persepsi pengguna terhadap keselesaan termal di dalam kontena serta mereka bentuk persekitaran kontena sebagai ruang bangunan komersial yang bersesuaian dengan iklim tropika. Kertas kerja ini memberi fokus terhadap dapatan dan analisa dari kajian kes yang dijalankan.

Item Type:Article
Keywords:Kontena; Persepsi pengguna; Keselesaan termal; Bangunan komersial
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:23491
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:08 May 2024 06:13
Last Modified:10 May 2024 03:20

Repository Staff Only: item control page