Perubahan Dasar Pertahanan Malaysia terhadap China daripada perspektif tawar-menawar perkhidmatan awam

Abdul Muein Abadi, (2024) Perubahan Dasar Pertahanan Malaysia terhadap China daripada perspektif tawar-menawar perkhidmatan awam. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (1). pp. 185-197. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
397kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Interaksi antara kleptokrasi, tawar-menawar perkhidmatan awam, dan penggubalan dasar pertahanan masih belum diterokai secara komprehensif dalam kajian literatur sedia ada. Maka, apabila kerajaan Malaysia di era Najib Razak memesatkan hubungan ketenteraan dengan China susulan skandal 1MDB, di sebalik tindak-tanduk China menuntut perairan Malaysia dan melakukan siri pencerobohan tentera laut ke dalam wilayah negara, telah memberikan peluang untuk menganalisis fenomena sedemikian. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengkaji taktik kleptokrat daripada perspektif tawar-menawar perkhidmatan awam dalam mengalihkan strategi ketenteraan pro-Barat Malaysia dengan tekanan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan tarikan rasuah strategik yang dilakukan oleh China terhadap kepentingan kleptokratik Najib Razak. Melalui metodologi kualitatif menerusi temu bual bersama aktoraktor penting dan data sekunder, dapatan kajian ini mendapati manipulasi tawar-menawar perkhidmatan awam ialah pembolehubah penting yang memberi kesan kepada dasar pertahanan kleptokrat. Kajian ini menyimpulkan bahawa usaha Najib menukar bentuk hubungan tawar-menawar perkhidmatan awam Malaysia daripada sistem pemegang amanah kepada sistem tawar-menawar kleptokratik telah membawa kepada pemesatan dasar pertahanan Malaysia terhadap China. Implikasi kajian ini cukup signifikan dalam memahami perubahan dasar pertahanan luar negeri dari perspektif tawar-menawar perkhidmatan awam.

Item Type:Article
Keywords:1MDB; Kleptokrasi; Najib Razak; Pembuatan dasar pertahanan luar negeri; Tawar-menawar perkhidmatan awam
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23498
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:10 May 2024 08:58
Last Modified:13 May 2024 01:39

Repository Staff Only: item control page