Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM): satu penilaian sejarah

Nadia Fitriyana Ahmad Narzaray, and Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, (2024) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM): satu penilaian sejarah. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (1). pp. 212-223. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
386kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Pembaharuan kurikukulum peringkat sekolah menengah di Malaysia bermula pada tahun 1988 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1989. Heagley dan Evans menakrifkan kurikulum sebagai pengalaman terancang yang disediakan oleh sekolah kepada murid supaya murid boleh mencapai semua hasil pembelajaran yang ditetapkan menggunakan kebolehan terbaik mereka. Sebelum pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pelbagai masalah telah timbul dalam kurikulum sekolah menengah yang menjadi penanda aras kepada perubahan kurikulum di Malaysia. Berdasarkan analisis, pengenalan KBSM sangat berkait rapat dengan isu-isu sejarah yang bergolak dalam tempoh tiga dekad terawal pasca kemerdekaan. Isu-isu yang berlegar pada ketika itu seperti masalah perpaduan, ketidakmampuan penghasilan guna tenaga mahir, dan kerapuhan penggunaan bahasa kebangsaan yang masih longgar. Justeru artikel ini akan menganalisis isu-isu sejarah yang berkait rapat dengan pengenalan KBSM dan individu yang bertanggungjawab dalam memastikan KBSM menjadi realiti. Pendekatan sejarah digunakan sebagai teras penulisan. Dari segi pengumpulan data, penulisan ini menggunakan kaedah analisis kualitatif iaitu menggunakan kaedah penyelidikan arkib dan perpustakaan. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan menganalisis pelbagai sumber primer dan sekunder seperti, Report of the Education Committee 1956, Report of the Education Review Committee 1960, dan Cabinet Committee Report on Review of Implementation of Education Policies 1979 dan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum tahun 1972, 1986 dan 1987. Kajian mendapati tiga isu sejarah tersebut sangat mempengaruhi pemikiran individu-individu yang merancang dan menggubal KBSM. Implikasinya, kurikulum telah mengalami rombakan yang membawa kurikulum ini ke arah satu anjakan dalam dunia pendidikan renteten daripada isu-isu sejarah yang pernah berlaku.

Item Type:Article
Keywords:KBSM; Kurikulum; Pendidikan; Perpaduan; Sejarah; Tenaga mahir
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23502
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:10 May 2024 08:58
Last Modified:13 May 2024 01:43

Repository Staff Only: item control page