Perkembangan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), Majlis Amanah Rakyat (MARA), 1968-2020

Nurfaain Anafi, and Arbaiyah Mohd Noor, (2024) Perkembangan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), Majlis Amanah Rakyat (MARA), 1968-2020. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (1). pp. 351-363. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
918kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Kajian ini mengetengahkan perkembangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau singkatannya iaitu TVET (Technical and Vocational Education Training) di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional menggunakan metod pendidikan dan latihan yang cenderung ke arah pekerjaan yang mengutamakan amalan industri dalam pelbagai bidang berkaitan. TVET dikatakan menjadi pencetus dalam penghasilan modal insan yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi sekaligus golongan ini mampu membawa kepada pembangunan ekonomi negara khususnya. MARA telah bertindak menubuhkan pelbagai institusi berunsurkan TVET bagi memenuhi keperluan golongan berkemahiran tinggi. Perbincangan difokuskan kepada sejauhmanakah pendidikan di bawah Institusi Pendidikan MARA (IPMa) TVET mampu memberi impak yang besar kepada negara. Objektif kajian adalah untuk menjelaskan program yang dilaksanakan, cabaran yang dihadapi oleh pihak MARA memperkasakan TVET dalam kalangan Bumiputera serta langkah yang diambil dalam menangani cabaran tersebut. Pendekatan kaedah penyelidikan yang dilaksanakan adalah secara kualitatif dan kuantitatif di mana kajian ini khususnya melibatkan sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer, diakses di Arkib Negara dan Arkib MARA. Oleh yang demikian, bagi menampung kelompangan sumber primer daripada Arkib MARA, kajian lapangan berbentuk temubual bersemuka dilakukan. Kajian ini dapat mengenal pasti program yang dilaksanakan, isu dan cabaran dalam memperkasakan TVET di negara kita. Maka, golongan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang dapat dihasilkan sekaligus dapat memenuhi keperluan pasaran sepenuhnya. Sumber tenaga mahir dalam pelbagai bidang mampu mengangkat negara kita seiring bersama negara-negara moden yang lain sekaligus meletakkan negara menuju ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi.

Item Type:Article
Keywords:TVET; IPMa; Kemahiran tinggi; Sumber tenaga mahir; Berpendapatan tinggi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23527
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:10 May 2024 08:57
Last Modified:13 May 2024 02:05

Repository Staff Only: item control page