Pengalaman buli siber dan isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti

Nazirah Hassan, and Norshahidah Isa, (2024) Pengalaman buli siber dan isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (1). pp. 388-399. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
441kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Buli siber dikenal pasti sebagai satu bentuk gangguan moden yang membawa kepada ancaman kesihatan awam dan sukar dibendung. Tinjauan global melaporkan satu daripada lima kanak-kanak berisiko menjadi mangsa buli siber, dan berpotensi mengalami tekanan emosi dan masalah kesihatan mental yang boleh membawa kepada pemikiran atau tindakan membunuh diri. Artikel ini membincangkan satu kajian saintifik yang bertujuan mengkaji penularan buli siber dalam kalangan belia di Malaysia dan perkaitannya dengan masalah kesihatan mental iaitu tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Kaedah tinjauan keratan rentas telah dilaksanakan keatas 561 orang pelajar dari tiga buah universiti awam dan dua buah universiti swasta di Lembah Klang, Malaysia. Hasil kajian melaporkan sekurang-kurangnya 40 peratus responden pernah melaporkan pengalaman dibuli secara dalam talian, dan pengalaman dibuli memberi kesan yang signifikan kepada peningkatan tahap tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Perbincangan memberi penekanan kepada kepentingan daya tahan digital sebagai salah satu strategi daya tindak efektif untuk menangani buli siber dan mengurangkan risiko masalah kesihatan mental. Kajian memberi implikasi kepada pengukuhan program pencegahan dan intervensi untuk melindungi dan memperkasa mangsa buli siber.

Item Type:Article
Keywords:Buli siber; Kemurungan; Kebimbangan; Tekanan; DASS21
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23530
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:10 May 2024 08:57
Last Modified:13 May 2024 03:14

Repository Staff Only: item control page