Faktor sokongan pengundi Kaum Melayu kepada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15, 2022

Junaidi Awang Besar, (2024) Faktor sokongan pengundi Kaum Melayu kepada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15, 2022. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (1). pp. 436-445. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
439kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 2022 dilihat berlangsung dalam keadaan tergesa-gesa dan pertikaian orang ramai dan ahli politik terutamanya pihak pembangkang. Namun PRU tersebut tetap diadakan sehingga selesai tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Ramai pihak yang menjangkakan bahawa keputusan PRU-15 bakal menghasilkan tiadanya parti politik yang berjaya mendapat majoriti mudah namun BN dijangkakan akan mendapat jumlah kerusi Parlimen yang tertinggi. Namun keputusan PRU-15 menunjukkan bahawa PH mendapat jumlah kerusi Parlimen yang tertinggi, diikuti PN dan kemudiannya BN. PN berjaya mendapat sokongan daripada pengundi Melayu tertinggi, diikuti BN, PH dan yang terakhir GTA. Justeru, artikel ini membincangkan mengenai faktor sokongan pengundi etnik Melayu terhadap Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 2022. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis kepada maklumat sekunder iaitu penulisan jurnal, bahan seminar dan buku akademik yang berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa antara faktor sokongan pengundi Melayu terhadap PN adalah kepimpinan PN (PAS dan BERSATU) yang dilihat bersih dan lain-lain. Justeru, faktor sokongan tersebut perlu dijadikan iktibar seterusnya gerak kerja politik susulan bagi menawan sokongan pengundi Melayu yang secara keseluruhannya masih mendominasi politik pilihan raya di negara ini.

Item Type:Article
Keywords:PRU-15; Parti politik; Parlimen; Melayu; Perikatan Nasional
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23536
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:10 May 2024 08:57
Last Modified:13 May 2024 03:20

Repository Staff Only: item control page