Pandangan pengundi terhadap slogan “Malaysia Madani” dalam Pilihan Raya Negeri 2023

Nur Ainisyafini Ab Rahim, and Junaidi Awang Besar, (2024) Pandangan pengundi terhadap slogan “Malaysia Madani” dalam Pilihan Raya Negeri 2023. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (1). pp. 446-455. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
516kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Setiap pemimpin yang memimpin negara kebiasaannya akan memperkenalkan slogan masing-masing untuk dijadikan sebagai satu kerangka pemikiran besar yang akan dijadikan template dalam melaksanakan dasar pemerintahan negara. Setelah tiga bulan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan motto pemerintahannya iaitu Membangun Malaysia Madani pada 19 Januari 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pelbagai reaksi timbul daripada pengenalan slogan tersebut sama ada positif mahupun negatif. Justeru, artikel ini membincangkan pandangan pengundi terhadap slogan “Malaysia Madani” dalam Pilihan Raya Negeri 2023. Kajian ini mengadaptasikan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik di lapangan, temu bual dan juga kaedah kualitatif iaitu rujukan maklumat sekunder iaitu artikel jurnal, bahan persidangan/seminar dan buku akademik yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti responden pernah dengar istilah ‘Malaysia Madani’ namun mereka tidak faham sepenuhnya slogan tersebut. Meskipun istilah tersebut telah lama disebut PMX iaitu pada tahun 1995 yang lalu namun istilah tersebut tidak mendapat liputan meluas media dan orang ramai. Secara keseluruhannya, pengundi ketika PRN 2023 dapat menerima atau bersetuju dengan istilah Malaysia Madani yang mempunyai nilai hidup yang baik. Meskipun mereka bersetuju dengan istilah dan nilai baik tersebut namun soal sokongan kepada pemimpin, kerajaan dan parti politik adalah soal lain. Justeru, demi mendapat sokongan padu daripada rakyat, pemimpin, kerajaan dan parti politik perlu bukan sahaja memperkenalkan, bahkan juga mempraktikkan nilai baik tersebut agar dapat menjadi teladan sekali gus meyakinkan lagi pengundi untuk menyokong mereka dalam sesuatu pilihan raya akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan Raya Negeri; Perdana Menteri; Malaysia Madani; Sokongan; Pengundi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23538
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:10 May 2024 08:56
Last Modified:13 May 2024 03:28

Repository Staff Only: item control page