Faktor dorongan penglibatan belia dalam keusahawanan di daerah Kota Tinggi, Johor

Shahrien Aina Najwa Said, and Fatin Umaira Muhamad Azian, and Suhana Ismail, (2024) Faktor dorongan penglibatan belia dalam keusahawanan di daerah Kota Tinggi, Johor. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (1). pp. 467-480. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
495kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Penglibatan belia dalam keusahawanan merupakan salah satu aspek yang amat ditekankan kerajaan bermula pada Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) lagi. Namun begitu, penularan Covid-19 yang berlaku telah meningkatkan kadar pengangguran belia di Malaysia. Oleh itu, antara bidang pekerjaan yang dilihat berpotensi membantu belia semasa pasca Covid-19 adalah melalui keusahawanan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis aktiviti keusahawanan belia di Daerah Kota Tinggi. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong belia melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Persampelan bertujuan yang merujuk kepada teknik persampelan bukan kebarangkalian digunakan dan data diperoleh melalui borang soal selidik. Seramai 382 orang usahawan yang terdiri daripada golongn belia telah menjawab borang soal selidik tersebut. Seterusnya, data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS. Hasil penemuan kajian menunjukkan bahawa jenis aktiviti keusahawanan makanan adalah lebih ramai berbanding jenis aktiviti keusahawanan lainnya. Penemuan kajian turut mendapati, majoriti usahawan bersetuju bahawa faktor individu dan faktor persekitaran telah mendorong mereka melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Kajian ini memberi gambaran positif kepada pihak kepentingan di Negeri Johor, terutamanya di Daerah Kota Tinggi untuk sentiasa menggalakkan usahawan berdaya saing dalam menjalani aktiviti keusahawanan.

Item Type:Article
Keywords:Faktor dorongan; Belia; Keusahawanan; Johor; Pasca covid
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23540
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:10 May 2024 08:56
Last Modified:13 May 2024 03:33

Repository Staff Only: item control page