Karakter Bandar Diraja sebagai produk warisan pelancongan di Malaysia

Zurina Ahmad Saidi, and Zurinah Tahir, (2024) Karakter Bandar Diraja sebagai produk warisan pelancongan di Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (1). pp. 536-547. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
471kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Bandar Diraja merupakan satu khazanah yang bernilai dan wajar dipelihara. Ini kerana pelancongan bandar Diraja sejenis pelancongan yang merangkumi identiti warisan, budaya tradisional, warisan ketara dan tidak ketara. Pelancongan bandar Diraja juga mengekalkan elemen-elemen monumen, artifak dan bangunan bersejarah. Pelancongan Diraja kini berkembang pesat dan menerima kesan positif menerusi pembangunan pelancongan di Malaysia. Bandar Diraja merupakan warisan unik yang menjadi perlambangan sebuah negara berdaulat dan Melayu tradisional. Tujuan kajian adalah menghuraikan senario dan karakter bandar Diraja sebagai warisan dan produk pelancongan di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah ulasan artikel dengan merujuk data sekunder seperti artikel jurnal, seminar/ persidangan dan buku-buku ilmiah yang berkaitan serta kajian lapangan. Hasil kajian mendapati kesembilan buah bandar Diraja di Malaysia mempunyai senario dan karakter yang berpadanan antara satu sama lain walaupun berbeza strukutur pentadbiran di setiap negeri. Produk utama bandar ditonjolkan dari sisi utama keunikannya iaitu kepunyaan terhadap istana, reka bentuk landskap, galeri dan arkib, seni bina masjid dan lain-lain karakter bandar Diraja yang lain. Justeru, bagi membangunkan bandar Diraja bersifat pelancongan Diraja, sokongan oleh pihak berkepentingan, kepimpinan negeri dan masyarakat perlu bukan sahaja memperkenalkan, bahkan juga mengunjungi, meraikan serta menjayakan pembangunan bandar Diraja sebagai salah satu produk pelancongan Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Bandar Diraja; Karakter; Malaysia; Produk; Pelancongan; Scenario
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23546
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:10 May 2024 08:56
Last Modified:13 May 2024 06:49

Repository Staff Only: item control page