Penggunaan air secara lestari dalam kalangan warga Bandaraya Ipoh, Perak

Mohmadisa Hashim, and Intan Nurshafinaz Yusri, and Hanifah Mahat, and Nasir Nayan, and Yazid Saleh, (2024) Penggunaan air secara lestari dalam kalangan warga Bandaraya Ipoh, Perak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 20 (1). pp. 13-32. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
722kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan air secara lestari dalam kalangan masyarakat bandar. Pendekatan kuantitatif telah digunakan melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 384 orang masyarakat bandar di Bandaraya Ipoh, Perak dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah dan berstrata. Analisis deskriptif (peratus, min, sisihan piawai) dan analisis inferensi (ujian-t, korelasi Pearson) digunakan untuk menjawab setiap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan sikap berada pada tahap tinggi dalam penggunaan air secara lestari manakala amalan penggunaan air secara lestari berada pada tahap sederhana. Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan amalan penggunaan air secara lestari iaitu tahap amalan. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan negatif yang sangat lemah antara pengetahuan dengan amalan penggunaan air secara lestari dan hubungan positif yang sangat lemah antara sikap dengan amalan penggunaan air secara lestari. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa masyarakat bandar di Ipoh, Perak mempunyai tahap pengetahuan dan sikap yang tinggi tetapi amalan penggunaan air secara lestari masih berada pada tahap sederhana. Masyarakat bandar perlu meningkatkan lagi amalan penggunaan air secara lestari dari semasa ke semasa sehingga dapat mencapai pengurusan air secara lestari dalam aktiviti seharian mereka.

Item Type:Article
Keywords:Amalan; Kesedaran; Pengetahuan; Penggunaan air secara lestari; Sikap
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:23550
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:16 May 2024 08:12
Last Modified:17 May 2024 01:14

Repository Staff Only: item control page