Azizul Ahmad, and Tarmiji Masron, and Elizarbate Ringkai, and Mohamad Hardyman Barawi, and Mohamad Suhaidi Salleh, and Norita Jubit, and Mohd Sofian Redzuan, (2024) Analisis ruangan hot spot jenayah pecah rumah di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 2015-2020. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 20 (1). pp. 49-67. ISSN 2180-2491
|
PDF
2MB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Abstract
Kajian ini adalah berdasarkan analisis ruangan kes jenayah pecah rumah di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 2015-2020. Kajian ini juga menggunakan statistik ruangan GIS bagi mengesan titik panas bagi kawasan yang kerap berlakunya jenayah pecah rumah di sekitar kawasan kajian berdasarkan masa iaitu pada waktu siang dan pada waktu malam. Berdasarkan laporan kes pecah rumah dari tahun 2015-2020, Getis Ord Gi* digunakan untuk untuk mengenalpasti kawasan yang berisiko tinggi berlakunya jenayah pecah rumah berdasarkan Z-Skor dan Nilai-P. Analisis ini juga menunjukkan kawasan hot spot adalah lebih kurang sama pada waktu siang dan malam. Namun, jumlah kes adalah berbeza kerana faktor-faktor yang berkemungkinan menyebabkan berlakunya rumah dipecah masuk. Proses pemetaan menggunakan perisian ArcGIS digunakan bagi membandingkan kawasan hot spot kejadian jenayah pecah rumah yang terjadi pada waktu siang dan malam. Implikasi kajian ini dapat membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya membuat pemantauan dan rondaan yang kerap bagi membanteras jenayah pecah rumah daripada terus berleluasa dan membahayakan penduduk setempat. Maklumat ini benar-benar akan membantu pihak PDRM untuk memutuskan ke mana untuk mengarahkan usaha mereka dan cara menggunakan sumber mereka dengan lebih cekap, kerana jenayah pecah rumah tertumpu di kawasan perumahan, industri dan komersial tidak kira di kawasan berkepadatan tinggi, bandar atau luar bandar. Ia juga menunjukkan bahawa kawasan hot spot bagi jenayah pecah rumah lebih tertumpu kepada tempat atau kawasan yang berada di bandar dan jauh dari pesisir pantai. Daripada kajian ini juga, maklumat berkaitan jenayah pecah rumah di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dapat dikongsi bersama pihak PDRM, pihak berkuasa tempatan (PBT), pembuat dasar dan komuniti setempat di kawasan kajian. Keseluruhannya, kajian ini dapat membantu pihak berkuasa seperti (PDRM) dalam mencegah dan mengurangkan indeks jenayah pecah rumah dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan menggunakan aplikasi GIS.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Analisis ruangan; COVID-19; Jenayah pecah rumah; Pemetaan titik panas jenayah; Sistem Maklumat Geografi (GIS) |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 23553 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 16 May 2024 08:12 |
Last Modified: | 17 May 2024 01:16 |
Repository Staff Only: item control page