Ciri adaptasi anatomi daun bougainvillea spectabilis w. yang dijangkiti virus bougainvillea chlorotic vein-banding

Noraini Talip, and Jayasrie Eyamalay, and Mohamad Ruzi Abdul Rahman, and Mohd Nizam Mohd Said, and Haja Maideen Kader Maideen, and Nik Norhazrina Nik Mohd Kamil, and Aqilah Mustafa Bakray, and Shamsul Khamis, and Ahmad Fitri Zohari, and Nur Farah Ain Zainee, and Hamidun Bunawan, and Nurnida Mohd Kamal, (2024) Ciri adaptasi anatomi daun bougainvillea spectabilis w. yang dijangkiti virus bougainvillea chlorotic vein-banding. Malaysian Applied Biology, 53 (1). pp. 43-54. ISSN 0126-8643

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://jms.mabjournal.com/index.php/mab/issue/vie...

Abstract

Kajian anatomi daun telah dijalankan ke atas Bougainvillea spectabilis yang dijangkiti virus Bougainvillea chlorotic vein-banding (BCVB). Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti ciri adaptasi anatomi daun B. spectabilis yang dijangkiti virus BCVB melalui perbandingan dengan ciri anatomi daun sihat dan mengenalpasti sel dan tisu yang beradaptasi terhadap kehadiran virus. Kaedah kajian melibatkan hirisan dengan mikrotom gelongsor pada lamina, petiol dan tulang daun, siatan epidermis adaksial dan abaksial daun, penjernihan peruratan, pewarnaan, pelekapan dan cerapan di bawah mikroskop cahaya. Hasil kajian menunjukkan, kandungan klorofil sangat rendah pada lamina dan tepi daun, pertambahan bilangan berkas vaskular, tisu vaskular, dan sel kolenkima, serta kerosakan dinding sel pada daun yang dijangkiti. Hasil cerapan ciri anatomi epidermis abaksial daun menunjukkan daun dijangkiti virus mempunyai bilangan, indeks dan saiz stomata yang rendah berbanding daun sihat. Hasil kajian juga membuktikan perubahan pada bentuk dinding epidermis abaksial dan penebalan dinding sel epidermis adaksial daun yang dijangkiti virus BCVB. Kehadiran hablur dan peruratan tertier kelihatan kurang jelas dicerap pada daun yang dijangkiti virus. Perubahan pada sel dan tisu pada daun yang dijangkiti virus BCVB merupakan tindak balas terhadap jangkitan dan adaptasi daun terhadap jangkitan virus. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk mengesan jangkitan BCVB dan kaedah kawalan yang boleh dilakukan kepada sel dan tisu yang dijangkiti.

Item Type:Article
Keywords:Penyakit Bougainvillea; Mekanisme pertahanan; Adaptasi daun; Anatomi daun
Journal:Malaysian Applied Biology Journal
ID Code:23565
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:17 May 2024 03:08
Last Modified:20 May 2024 05:43

Repository Staff Only: item control page