Kesan transglutaminase kepada ciri fizikokimia dan aktiviti biologi hidrolisat sarang burung walit

Koh, Yun Shi and Ter, Zhi Yin and Rafidah Mohd Ariff, and Nur Farhana Abd Rahman, and Chang, Lee Sin and Abdul Salam Babji, and Lim, Seng Joe (2024) Kesan transglutaminase kepada ciri fizikokimia dan aktiviti biologi hidrolisat sarang burung walit. Sains Malaysiana, 53 (1). pp. 171-188. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num1_...

Abstract

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa glikoprotein sarang burung walit boleh dihidrolisis dan dipulihkan sebagai hidrolisat sarang burung walit (SBWh) yang boleh dimakan dalam bentuk serbuk. Kajian ini adalah kerja sambungan daripada kajian terdahulu, yang mana pelbagai kepekatan enzim transglutaminase (TG) telah digunakan dalam pembentukan semula bentuk serbuk SBWh menggunakan acuan dan kesannya terhadap sifat fizikokimia dan bioaktiviti SBWh. Proses hidrolisis enzim menunjukkan bahawa sampel SBWh mempunyai hasil pulih lebih daripada 60% dan menunjukkan warna yang lebih terang daripada SBW mentah. Kelarutan SBWh dengan TG lebih rendah tetapi ia boleh dibentuk semula ke bentuk yang diingini. Corak spektrum FTIR untuk sampel SBWh juga menunjukkan bahawa ketulenan glikopeptida SBW yang tinggi telah diperoleh. Untuk aktiviti antioksidan, produk sampingan SBWh (SBWhcp) menunjukkan aktiviti penyingkiran radikal bebas DPPH yang lebih tinggi. Secara ringkasnya, penambahan TG kepada SBWh telah meningkatkan sifat fizikokimia dan bioaktiviti. Penemuan ini menghasilkan wawasan tentang aplikasi dan pembangunan produk EBN menggunakan EBNh dengan TG yang mempunyai bioaktiviti yang tinggi.

Item Type:Article
Keywords:DPPH; Gam daging; Hidrolisat; Sarang burung walit
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:23607
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:21 May 2024 05:47
Last Modified:21 May 2024 05:47

Repository Staff Only: item control page