Penilaian keberkesanan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pandemik COVID-19 di Malaysia

Wan Zawiah Wan Zin, and Nurfarahin Idrus, (2024) Penilaian keberkesanan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pandemik COVID-19 di Malaysia. Journal of Quality Measurement and Analysis, 20 (1). pp. 131-143. ISSN 2600-8602

[img]
Preview
PDF
613kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma

Abstract

Pada awal tahun 2020, Pertubuhan Kesihatan Dunia telah mengumumkan wabak penyakit yang dikenali sebagai COVID-19 sebagai satu ancaman besar terhadap seluruh masyarakat dunia. Pelbagai tindakan telah diambil oleh negara di serata dunia termasuklah di Malaysia untuk mengawal penularan wabak ini. Hampir semua negara mengenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) termasuklah ‘total lockdown’ yang semua aktiviti ekonomi ditutup. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan PKP ke atas bilangan kes positif dan kes kematian COVID-19. Untuk tujuan ini, keberkesanan PKP dinilai menggunakan kaedah statistik iaitu Analisis siri masa terganggu. Hasil analisis mendapati bahawa PKP sangat berkesan bagi memerangi wabak COVID-19 ini dengan penurunan kes positif dan kes kematian sebanyak 98.89%. Kaedah analisis kluster seterusnya dijalankan bagi mengelaskan negeri-negeri di Malaysia mengikut kes positif dan kematian COVID-19 selepas PKP dilaksanakan. Hasil analisis menunjukkan bahawa negeri-negeri di Malaysia boleh dikelompokkan kepada empat kluster optimum berdasarkan kedua-dua kriteria berkenaan. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membuktikan bahawa dengan melaksanakan PKP, purata harian kes jangkitan COVID-19 dapat dikurangkan dan juga dapat memberi gambaran kepada pihak yang bertanggungjawab bagi mengambil tindakan susulan terhadap negeri yang berisiko tinggi yakni yang dikenal pasti berdasarkan analisis, berada di zon merah meskipun selepas PKP dilaksanakan.

Item Type:Article
Keywords:COVID-19; Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); Analisis siri masa terganggu
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:23626
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:06 Jun 2024 06:35
Last Modified:10 Jun 2024 01:32

Repository Staff Only: item control page