Siti Nor Aisyah Ngadiran, and Denisova, Tatiana A. (2024) Pendekatan Thomas Beighton (1790-1844) dalam penyebaran agama Kristian di Pulau Pinang dan Kedah (1819-1844). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 51 (1). pp. 1-20. ISSN 2180-0251
|
PDF
985kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index
Abstract
Kajian mengenai sejarah penyebaran agama Kristian dalam kalangan masyarakat Islam di Tanah Melayu kebanyakannya terbatas pada aspek-aspek tertentu seperti pendidikan, percetakan dan lain-lain. Maka keperluan kepada kajian yang menyeluruh ke atas pendekatan yang digunakan oleh para mubaligh Kristian didapati penting kerana para mubaligh Kristian Eropah lazimnya menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan masyarakat dan pemerintah tempatan berbanding penjajah Barat sendiri. Dengan itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh Thomas Beighton (1790-1844), seorang mubaligh LMS, dalam menyebarkan agama Kristian kepada orang Melayu di Pulau Pinang dan Kedah. Analisis sejarah yang digunakan dalam kajian ini adalah bersandarkan kepada sumber yang diperolehi daripada koleksi Council of World Mission-London Missionary Society (CWM-LMS) Penang di arkib School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, yang mana kebanyakannya adalah dokumen berupa surat dan laporan Beighton kepada pihak-pihak yang berkaitan. Maka berdasarkan kajian, didapati terdapat tiga pendekatan utama yang telah digunakan oleh Beighton iaitu pendidikan, penulisan dan percetakan, dan jalinan hubungan dengan pemerintah tempatan. Di sinilah sebenarnya secara tidak langsung Beighton turut memainkan peranan sebagai agen kolonial British melalui pendekatan-pendekatan tersebut. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan terdapatnya unsur-unsur pembaratan dalam pendekatan Beighton tersebut ke atas masyarakat tempatan di kedua-dua negeri itu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pendekatan Thomas Beighton; Mubaligh London Missionary Society; Penyebaran Agama Kristian; Pulau Pinang; Kedah |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 23633 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 06 Jun 2024 08:17 |
Last Modified: | 10 Jun 2024 01:40 |
Repository Staff Only: item control page