Siti Filzah Liyana Ismail, and Zaliza Hanapi, and Tang, Jing Rui and Rafeizah Zulkifli, and Mohd Firdaus Mustaffa Kamal, and Nuruljannah Yusof, and Anies Faziehan Zakaria, and Mohd Syahriman Mohd Azmi, (2023) Hubungan di antara pengetahuan dengan amalan hijau serta langkah-langkah meningkatkan pengetahuan dan amalan hijau dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal Kejuruteraan, SI -6 (2). pp. 45-50. ISSN 0128-0198
|
PDF
729kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-2-2023/
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pengetahuan dan amalan hijau dalam kalangan pelajar tingkatan dua di sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi 37 item dengan skala Likert 5 sebagai medium bagi pengumpulan data. Persampelan bertujuan dipilih sebagai reka bentuk kajian dengan memilih pelajar tingkatan dua. Data dianalisis melalui aplikasi IBM SPSS statistik menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan skor min tertinggi bagi respon pelajar tingkatan 2 terhadap pengetahuan amalan hijau memberangsangkan (M=4.10,SP=0.90). Manakala, respon pelajar tingkatan 2 terhadap amalan hijau agak rendah dan perlu diberi perhatian. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan hubungan positif signifikan antara pengetahuan dan amalan hijau dengan r = 0.546, p = 0.00 (p<0.05). Selain itu, analisis min keseluruhan bagi langkah-langkah meningkatkan pengetahuan dan amalan hijau ialah pada tahap sederhana tinggi iaitu 3.57. Kesimpulannya, pengetahuan dan amalan hijau berada pada tahap yang sederhana dan belum memuaskan. Kajian ini memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan pengetahuan ilmu hijau menyumbang kepada pembentukan amalan hijau yang baik dalam konsep kendiri individu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hubungan; Pengetahuan; Amalan hijau; Pelajar tingkatan dua; Sekolah menengah |
Journal: | Jurnal Kejuruteraan |
ID Code: | 23664 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 14 Jun 2024 02:04 |
Last Modified: | 21 Jun 2024 09:00 |
Repository Staff Only: item control page