Tahap burnout dan kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat

Saraswathy Dhanalingam, and Jamunarani Muthusamy, and Rashidah Abu, and Umawathy Techanamurthy, (2023) Tahap burnout dan kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat. Jurnal Kejuruteraan, SI -6 (2). pp. 91-104. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
883kB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-2-2023/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap burnout dan kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat. Objektif kajian ini ialah untuk mengukur dan mengenal pasti hubungan antara tahap burnout dan kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah. Sampel kajian terdiri daripada 76 pensyarah sebagai responden. Kajian ini menggunakan Maslach Burnout Inventory (MBI) dan Job Descriptive Index (JDI) sebagai instrumen kajian. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 19. Hasil analisis menunjukkan tahap burnout pensyarah berada pada tahap sederhana bagi konstruk pencapaian peribadi dan tahap rendah bagi konstruk keletihan emosi dan depersonalisasi. Tahap kepuasan kerja pula berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian ujian analisis korelasi turut mendapati terdapat hubungan linear negatif yang signifikan di antara tahap burnout dan tahap kepuasan kerja tetapi dalam konteks yang lemah di mana nilai Korelasi Pearson (r) adalah 0.321 iaitu berada dalam julat korelasi keeratan lemah (r = -0.321, p < 0.01). Hasil dapatan kajian ini boleh digunakan oleh pihak Bahagian Sumber Manusia untuk melaksanakan strategi-strategi tertentu untuk mengurangkan burnout dan meningkatkan tahap kepuasan kerja dalam kalangan warga pensyarah. Kata kunci: Burnout; kepuasan kerja; kolej komuniti; pensyarah ABSTRACTThis study aims to identify the level of burnout and job satisfaction among Kuala Langat Community College lecturers. The objective of this study is to measure and identify the relationship between the level of burnout and job satisfaction among lecturers. The study sample was carried out involving 92 respondents. Maslach Burnout Inventory (MBI) and Job Descriptive Index (JDI) were used as research instruments. Data has been analyzed using Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 19. The findings show burnout levels among lecturers is at medium level for personal achievement subscale and a low level for emotional exhaustion and depersonalization subscale. The level of job satisfaction is at a moderate level. The results of the correlation analysis test also found that there is a significant negative linear relationship between the level of burnout and level of job satisfaction but in a weak context in which Pearson Correlation (r) value is 0.321 which is in the weak correlation range (r = -0.321, p < 0.01). Hence, the findings of this study can be used by the Human Resource Development Division to carry out strategies for mitigating burnout and increasing job satisfaction among lecturers.

Item Type:Article
Keywords:Burnout; Job satisfaction; Community college; Lecturer
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:23669
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:14 Jun 2024 07:26
Last Modified:21 Jun 2024 09:06

Repository Staff Only: item control page