Analisis tahap kebolehruntuhan tanah dengan menggunakan skala ROM: kajian di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (An analysis of landslide level using the ROM scale: the case of the Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi campus)

Mokhtar Jaafar, and Abdul Halim Yusof, and Asiah Yahaya, (2011) Analisis tahap kebolehruntuhan tanah dengan menggunakan skala ROM: kajian di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (An analysis of landslide level using the ROM scale: the case of the Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi campus). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (3). pp. 45-55. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
7MB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Runtuhan tanah merupakan suatu proses geomorfologi yang biasa berlaku di kawasan beriklim tropika. Sehubungan itu, satu kajian telah dilakukan bagi menentukan tahap kebolehruntuhan tanah di cerun-cerun bermasalah di sekitar kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Sebanyak 12 lokasi cerun bermasalah terlibat dalam kajian ini. Skala ROM digunakan sebagai asas dalam menentukan tahap kebolehruntuhan tanah cerun bermasalah di kampus UKM, Bangi. Hasil kajian menunjukkan empat (P3, P6, P8 dan P9) lokasi cerun mempunyai tahap kebolehruntuhan tanah yang Kritikal, tiga (P4, P6 dan P7) dikategorikan sebagai Tinggi, tiga lagi Sederhana (P2, P5 dan P12) dan dua (P1 dan P11) sebagai Rendah. Komposisi tekstur tanih yang didominasi oleh pasir dan kelodak didapati sangat mempengaruhi tahap kebolehruntuhan tanah di setiap lokasi persampelan. Sehubungan itu, beberapa cerun bermasalah di sekitar kawasan kampus yang belum dimitigasi perlu dipulihkan segera bagi mengelak kemungkinan kejadian runtuhan tanah berskala besar daripada berlaku pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:cerun bermasalah; proses geomorfologi; runtuhan tanah; skala ROM; tekstur tanih; tindakan mitigasi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:2367
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:01 Aug 2011 03:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page