Pencirian isyarat data muzik yang terhasil dari alat muzik tradisional menggunakan ciri fraktal

Mohd Zaki Nuawi, and Loh, Guan Yan and Nuryazmin Ahmat Zainuri, (2023) Pencirian isyarat data muzik yang terhasil dari alat muzik tradisional menggunakan ciri fraktal. Jurnal Kejuruteraan, SI -6 (2). pp. 167-178. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/si-6-2-2023/

Abstract

Alat muzik biasanya dibezakan oleh penampilan dan bunyi yang dihasilkan melalui persepsi manusia yang mungkin boleh berlakunya kesalahan tafsiran oleh manusia dan gangguan lain. Oleh itu, pengecaman menggunakan isyarat muzik dijalankan bagi membantu pencirian isyarat dari alat muzik berlainan. Analisis fraktal merupakan satu teknik dalam matematik yang digunakan untuk mengkaji corak kompleks dan tidak teratur dalam pelbagai sistem. Dalam kajian ini, analisis fraktal digunakan untuk mengkaji dan menganalisis data signal nota muzik dari instrumen berbeza. Kaedah analisis fraktal yang digunakan ialah kaedah pengiraan kotak. Alat muzik tradisional yang terlibat dalam kajian ini ialah seruling, cak lempong, kompang, dan gambus. Perisian Matlab digunakan untuk menganalisis isyarat data muzik tersebut. Pada mulanya, dimensi fraktal bagi isyarat data muzik yang berbentuk data siri dikira. Kemudian, min dan sisihan piawai nilai dimensi fraktal dihitung untuk mengecam alat muzik yang berlainan. Selain itu, resolusi imej dan saiz kotak yang berbeza juga digunakan untuk mengira dimensi fraktal data siri masa alat muzik. Ralat garis lurus terbaik, E juga akan dikira untuk memastikan kebolehharapan dimensi pengiraan kotak menggunakan regresi kuasa dua terkecil.

Item Type:Article
Keywords:Alat muzik tradisional; Isyarat data; Analisis fraktal; Kaedah pengiraan kotak
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:23686
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:19 Jun 2024 03:11
Last Modified:21 Jun 2024 09:12

Repository Staff Only: item control page