Ulasan Buku / Book Review

Wan Abd Hamid bin Wan Teh, (2009) Ulasan Buku / Book Review. Jurnal Hadhari, 1 (1). pp. 133-138. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

306kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/kandungan

Abstract

Buku ini adalah kompilasi teks ucapan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri dan selaku Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC, juga sebagai Pengerusi Pertubuhan Negara-negara Berkecuali atau NAM. Walau pun ucapan-ucapan ini disampaikan di dalam situasi dan audien yang pelbagai, namun idea besarnya serta temanya tetap satu, iaitu mesej Islam Hadhari yang tentunya bersifat global. Mesej ini dibentangkan di dalam pelbagai forum setempat dan antarabangsa. Ada bahagian buku dipetik daripada Ucapan Dasar Presiden di dalam Persidangan Agung UMNO, ada yang diambil daripada ucapan yang disampaikan di dalam forum di Dubai, daripada syarahan di dalam majlis Women Institute of Management Annual Lecture di Kuala Lumpur, ada ucapan yang disampaikan di Jeddah, ucapan yang disampaikan di Bangunan Parlimen Wellington, New Zealand, ucapan di bangunan Parlimen Canberra, Australia, ada ucapan di Berlin, Jerman, ada ucapan di dalam sidang kemuncak Islam di Jeddah, ada ucapan yang disampaikan di Persidangan Cendekiawan Islam Antarabangsa di Jakarta, ada ucapan di United Nation University, Tokyo, dan lain-lain lagi. Penyataan penulis ini benar-benar meletakkan beliau di persada dunia sebagai pendukung Islam yang benar-benar yakin akan mesej Islam yang syumul yang universal sifatnya.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:237
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:06 Dec 2010 06:48
Last Modified:14 Dec 2016 06:26

Repository Staff Only: item control page