Norizan Kadir, (2024) Analisis retorik penghujahan sejarah tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam media atas talian Filipina semasa era Presiden Rodrigo Duterte, 2016-2022. AKADEMIKA, 94 (1). pp. 26-39. ISSN 0126-5008
|
PDF
389kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1701
Abstract
Filipina telah melaksanakan polisi tuntutan dorman dan memilih untuk mengabaikan isu tuntutan ke atas Sabah lebih dua dekad. Namun, dalam tempoh tersebut pelbagai provokasi telah ditimbulkan oleh pengamal media tempatan dan ahli politik Filipina bagi menghidupkan kembali tuntutan ke atas Sabah menerusi pelbagai saluran media. Justeru, kajian sejarah ini bertujuan untuk menganalisis perkembangan semasa tuntutan dengan meneliti laporan-laporan media atas talian Filipina serta retorik penghujahan yang digunakan bagi menghidupkan kembali tuntutan ke atas Sabah. Kajian ini merupakan kajian sejarah yang menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis sumber-sumber primer seperti artikel akhbar, dokumen perjanjian, rekod-rekod kolonial British serta sumber sekunder. Skop kajian tertumpu kepada analisis retorik penghujahan tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam media atas talian Filipina khususnya ketika era pentadbiran Presiden Rodrigo Duterte (2016-2022). Pertikaian mengenai Sabah tersebar luas menerusi saluran media atas talian serta platform tidak rasmi seperti media sosial. Dapatan awal kajian ini mendapati, pengamal media menyebarkan pelbagai mesej dan keterangan palsu mengenai isu Sabah dengan tujuan membangkitkan memori kolektif dan mempengaruhi pandangan sejarah tuntutan terhadap Sabah. Terutamanya semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal dan Presiden Ferdinand Marcos, pemimpin politik Filipina turut menggalakkan penggunaan istilah tertentu untuk mencipta naratif yang menekankan bahawa Sabah masih milik Filipina tetapi telah “dirampas” oleh pihak British dan kemudian Persekutuan Tanah Melayu. Kajian ini signifikan kerana ia menunjukkan bahawa penggunaan media sosial dan akhbar atas talian yang lebih mudah diakses dan mempunyai rangkaian yang lebih meluas telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh diplomat dan pemimpin tertinggi Filipina bagi mempertikaikan kedaulatan Malaysia ke atas Sabah sekali gus mencetuskan propaganda ke arah menuntut kembali Sabah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Memori kolektif; Propaganda; Provokasi; Retorik penghujahan; Sejarah tuntutan Filipina; Tuntutan dorman |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 23704 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 01 Jul 2024 06:31 |
Last Modified: | 01 Jul 2024 06:31 |
Repository Staff Only: item control page