Perubahan dalam kurikulum mata pelajaran sains tahun 1: analisis kesediaan, cabaran dan strategi guru

Sugantie Ealangov, and Siti Nur Haslinda Md Saleh, and Mohd Zain Derasip, and Khairul Azhar Jamaludin, (2024) Perubahan dalam kurikulum mata pelajaran sains tahun 1: analisis kesediaan, cabaran dan strategi guru. AKADEMIKA, 94 (1). pp. 67-79. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
341kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1701

Abstract

Isu perubahan kurikulum terutamanya dalam mata pelajaran Sains Tahun 1 berpunca daripada kandungan kurikulum sedia ada yang semakin padat dan sukar, dan secara langsung menjadi perdebatan dalam kalangan ahli akademik. Hal ini menyebabkan guru-guru bergegas menghabiskan silibus tanpa mengambil kira tahap penguasaan murid. Oleh itu, adalah wajar untuk melakukan perubahan dalam sukatan mata pelajaran Sains agar kurikulumnya kekal relevan, mudah difahami dan diminati oleh murid. Justeru, guru perlu bersedia dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi menghadapi cabaran perubahan kurikulum. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan, cabaran dan strategi guru Sains Tahun 1 menghadapi perubahan kurikulum. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif kaedah temu bual untuk tujuan pengumpulan data. Sampel kajian ini terdiri daripada lima guru Sains Tahun 1 Sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah Melaka yang dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Temu bual separa berstruktur dijalankan menggunakan protokol temu bual yang diadaptasi daripada kajian-kajian lepas dan data dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan guru bersedia dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk menghadapi perubahan kurikulum Sains Tahun 1. Namun begitu, guru menghadapi cabaran yang ketara dari segi penguasaan pengetahuan aras tinggi dan aplikasi kandungan kurikulum. Walaupun terdapat cabaran, guru bersedia menghadapi cabaran tersebut dengan melaksanakan strategi-strategi yang berkesan bagi menghadapi perubahan kurikulum

Item Type:Article
Keywords:Perubahan kurikulum; Sains; Kesediaan; Cabaran; Strategi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:23707
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Jul 2024 06:43
Last Modified:01 Jul 2024 06:43

Repository Staff Only: item control page