Trend emoji dalam komunikasi digital: sorotan literatur bersistematik

Nur Diyana Zamani, and Maslida Yusof, (2024) Trend emoji dalam komunikasi digital: sorotan literatur bersistematik. AKADEMIKA, 94 (1). pp. 167-182. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
928kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1701

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti sorotan kajian emoji dalam komunikasi digital. Peningkatan penggunaan emoji yang kini telah menjadi sebahagian daripada sistem operasi mudah alih di seluruh negara telah menarik perhatian ramai pengkaji untuk mendalami subjek kajian ini. Di Malaysia, terdapat sejumlah kajian lepas yang memilih emoji sebagai subjek perbincangan mereka. Sehubungan itu, artikel ini telah melakukan tinjauan literatur bersistematik terhadap trend kajian emoji dan trend kerangka teori atau pendekatan yang digunakan dalam kalangan pengkaji di Malaysia. Sumber data yang diperoleh adalah melalui carian secara sistematik berkaitan kajian emoji dalam dua pangkalan data yang terlibat iaitu google scholar dan scopus dari tahun 2017 hingga tahun 2021. Dapatan melalui hasil penelitian dalam artikel ini menunjukkan bahawa trend kajian emoji lebih tertumpu kepada dua pengkategorian subtema iaitu kajian fungsi penggunaan emoji dan tafsiran terhadap emoji. Dari sudut kerangka teori pula, didapati bahawa emoji boleh dibincangkan dalam pelbagai jenis kerangka dan antaranya mengaplikasikan teori lakuan tutur, teori 8-function taxonomy of emoji, teori Fuzzy Clustering, teori simulasi, teori semantik dan teori komunikasi. Di samping itu, pendekatan kualitatif antara kerangka yang paling banyak digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian terhadap emoji yang melibatkan kajian temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Melalui hasil dapatan dalam artikel ini, menyumbangkan pengetahuan yang sedia ada tentang korpus ilmu berkaitan fungsi dan tafsiran penggunaan emoji dalam komunikasi secara digital serta kerangka kajian yang digunakan dalam mengkaji emoji. Sekaligus mampu menyumbang idea baharu kepada pengkaji-pengkaji untuk menghasilkan kajian pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Emoji; Kajian lepas; Tinjauan literatur bersistematik; Trend kajian; Trend kerangka teori
Journal:AKADEMIKA
ID Code:23714
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Jul 2024 07:52
Last Modified:04 Jul 2024 03:37

Repository Staff Only: item control page