Perspektif baharu mengenai Islamisme : memahami konsep, idea dan kerangka identitinya

Muhammad Khalis Ibrahim, (2024) Perspektif baharu mengenai Islamisme : memahami konsep, idea dan kerangka identitinya. AKADEMIKA, 94 (1). pp. 197-209. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
787kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1701

Abstract

Islamisme merupakan subjek yang terus mendapat perhatian para sarjana. Namun, jika merujuk kepada kajian-kajian lepas, perihal Islamisme telah dibincangkan secara longgar disebabkan, pertama, tidak wujud konsensus mengenai konsep Islamisme dalam kalangan sarjana, dan kedua, persoalan mengenai identiti Islamisme yang tidak diberikan perhatian secara mendalam. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengisi kelompangan tersebut dengan memfokuskan perbincangan kepada konsep, idea dan kerangka identiti Islamisme. Berdasarkan kajian-kajian lepas mengenai Islamisme, makalah ini mengemukakan perspektif tersendiri mengenai Islamisme dengan melihat kepada ketiga tiga aspek tersebut. Secara konseptualnya, Islamisme adalah satu bentuk manifestasi bagi ikhtiar manusiawi yang dirangka oleh Muslim yang berkesedaran untuk memastikan Islam mampu berperanan sepenuhnya dalam segenap aspek kehidupan. Sebagai sebuah idea, Islamisme terbentuk berdasarkan prinsip dan program yang masing-masing merangkumkan aspek ideologikal dan praktikalnya. Idea Islamisme telah mengalami perkembangan yang kemudiannya memberi kesan kepada terbentuknya kriteria bagi identifikasi entiti-entiti Islamis (sama ada konservatif atau reformis) serta entiti-entiti pasca Islamis dan bukan Islamis. Makalah ini mampu menyumbang kepada literatur dari sudut mengemukakan konsep Islamisme dan kerangka identiti Islamisme tersendiri yang boleh dijadikan asas perbincangan kepada kajian-kajian di masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Islamisme; Islamis; Konsep; Idea; Identiti
Journal:AKADEMIKA
ID Code:23716
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Jul 2024 08:01
Last Modified:04 Jul 2024 03:39

Repository Staff Only: item control page