Rangka kerja tingkah laku peralihan mod pengangkutan daripada kenderaan persendirian ke perkhidmatan transit rel

Tun Ahmad Adlan Asma’an Jamaluddin, and Ahmad Fakhri Fakhruddin Abd Wahab, and Ahmad Nazrul Hakimi Ibrahim, and Muhamad Nazri Borhan, and Mohamad Hidir Mhd Salim, (2024) Rangka kerja tingkah laku peralihan mod pengangkutan daripada kenderaan persendirian ke perkhidmatan transit rel. AKADEMIKA, 94 (1). pp. 238-253. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
424kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1701

Abstract

Transit rel merupakan salah satu komponen daripada pengangkutan awam yang mampan. Umum mengetahui, pengangkutan awam memainkan peranan penting ke arah kemandirian sesebuah bandar dari segi ekonomi, sosioekonomi, sosial dan alam sekitar. Walau bagaimanapun, kadar penggunaan pengangkutan awam di Malaysia masih rendah berbanding kenderaan persendirian dengan nisbah 1:5. Satu usaha perlu dijalankan untuk mengenal pasti faktor – faktor yang mempengaruhi orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Oleh itu, ulasan ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor psikologi dan kualiti perkhidmatan terhadap tingkah laku pertukaran mod daripada kenderaan persendirian kepada perkhidmatan transit rel. Ulasan ini melaporkan faktor – faktor psikologi seperti sikap, norma subjektif, tanggapan kawalan tingkah laku yang sentiasa memberi pengaruh yang signifikan terhadap tingkah laku pertukaran mod perjalanan kepada perkhidmatan transit rel. Selain itu, tingkah laku pertukaran mod perjalanan turut dipengaruhi oleh faktor kualiti perkhidmatan transit rel yang disediakan dan faktor tanggapan nilai berdasarkan pengalaman pengguna. Ulasan ini dapat menyediakan maklumat yang berguna kepada pembekal perkhidmatan, penyelidik dan pihak – pihak berwajib dalam merangka strategi yang berkesan dan efektif bagi mengurangkan tahap kebergantungan kepada kenderaan persendirian dan sekaligus meningkatkan jumlah penggunaan perkhidmatan transit rel khususnya dan pengangkutan awam secara umumnya.

Item Type:Article
Keywords:Faktor psikologi; Kualiti perkhidmatan; Tanggapan kualiti; Transit rel; Pengangkutan awam; Pertukaran mod
Journal:AKADEMIKA
ID Code:23719
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:01 Jul 2024 08:29
Last Modified:01 Jul 2024 08:29

Repository Staff Only: item control page