Kesan aktiviti ekopelancongan kepada perkembangan sosioekonomi komuniti tempatan di Nibong Tebal, Pulau Pinang

Nur Afiqah Aleeya Hassim, and Azimah Abd Rahman, (2024) Kesan aktiviti ekopelancongan kepada perkembangan sosioekonomi komuniti tempatan di Nibong Tebal, Pulau Pinang. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 21 (2). pp. 43-58. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
971kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Nibong Tebal, Pulau Pinang adalah kawasan ekopelancongan kelip-kelip yang mendapat perhatian daripada pengunjung-pengunjung luar mahupun tempatan. Kawasan ekopelancongan memerlukan sokongan dan penyertaan daripada komuniti tempatan bagi memangkin perkembangan sosial dan ekonomi setempat. Kajian ini mengkaji kesan aktiviti ekopelancongan terhadap pembangunan sosioekonomi komuniti tempatan di Nibong Tebal. Dalam hal ini, penglibatan masyarakat dalam aktiviti ekopelancongan dan kesan penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti ekopelancongan dikenal pasti serta dikaji. Sebanyak 150 borang soal selidik telah digunakan sebagai kaedah penyelidikan kuantitatif. Selain itu, kaedah temu bual secara mendalam turut dilakukan sebagai kaedah kualitatif kajian. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan komuniti terhadap aktiviti ekopelancongan didorong oleh pelbagai faktor yang dapat meningkatkan perkembangan sosial dan ekonomi. Aktiviti ekopelancongan memberi banyak kebaikan kepada komuniti tempatan seperti membuka peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan manfaat bagi meraih pendapatan sampingan. Kefahaman terhadap manfaat yang boleh diperolehi ini menjadi faktor pendorong kepada komuniti untuk terlibat dengan aktiviti ini secara kolektif. Kajian ini juga dapat menambahbaik sistem pengurusan ekopelancongan sedia ada dengan melihat kepada aspek tahap pengetahuan pengurusan, keperluan agensi lain dalam membantu merancakkan aktiviti ekopelancongan dan memperbaiki kemudahan awam yang masih berada di tahap rendah. Justeru, dicadangkan agar semua pihak berkepentingan bersatu dalam meningkatkan kerjasama komuniti tempatan di samping mempelbagaikan aktiviti ekopelancongan sedia ada bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke kawasan ini.

Item Type:Article
Keywords:Ekopelancongan; Kelip-kelip; Sosioekonomi; Komuniti tempatan; Sistem pengurusan ekopelancongan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23728
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:04 Jul 2024 04:29
Last Modified:04 Jul 2024 04:29

Repository Staff Only: item control page