Masalah guru dalam pengajaran pantun berestetika di sekolah rendah

Ahmad Fikri Ab Rahman, and Zamri Mahamod, (2024) Masalah guru dalam pengajaran pantun berestetika di sekolah rendah. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (2). pp. 79-89. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
366kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, pantun merupakan salah satu cabang dalam aspek seni bahasa. Namun begitu, pengajaran pantun berestetika kurang ditekankan guru di sekolah rendah. Tambahan lagi, estetika merupakan ciri keindahan pantun yang perlu diterapkan guru kepada murid. Justeru, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi guru ketika mengajarkan pantun berestetika di sekolah rendah. Lapan orang peserta kajian telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada empat orang guru bahasa Melayu dan empat orang pensyarah bahasa Melayu dari Institut Pendidikan Guru. Peserta kajian telah dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan yang mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman mengajar pantun. Data dikumpulkan melalui temu bual separa struktur dan dianalisis secara tematik. Lima tema utama telah diperoleh berdasarkan dapatan kajian iaitu (1) persepsi guru (2) kurang meminati pantun, (3) kelemahan pengetahuan kandungan pantun berestetika (4) sikap sambil lewa dan (5) kelemahan amalan pedagogi. Impak kajian ini memberi input bahawa masalah pengajaran pantun berestetika yang dihadapi guru perlu diselesaikan segera melalui pembangunan garis panduan pengajaran pantun, bahan pengajaran pantun, model pengajaran mahupun modul yang boleh dirujuk guru sewaktu mengajarkan pantun di sekolah rendah.

Item Type:Article
Keywords:Pantun; Guru Bahasa Melayu; Masalah guru; Seni bahasa; Sekolah rendah
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23731
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:04 Jul 2024 04:29
Last Modified:09 Jul 2024 00:45

Repository Staff Only: item control page