Faktor demografi dalam memperihalkan perbezaan stres pekerjaan, niat untuk berhenti, dan lesu upaya dalam kalangan anggota bomba di Malaysia

Zafir Khan Mohamed Makhbul, and Mohd Sharif Mohamad, and Nor Hafizah Ibrahim, (2024) Faktor demografi dalam memperihalkan perbezaan stres pekerjaan, niat untuk berhenti, dan lesu upaya dalam kalangan anggota bomba di Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (2). pp. 90-104. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
489kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Stres pekerjaan, niat untuk berhenti, dan lesu upaya merupakan isu global yang berpotensi menjejaskan prestasi dan reputasi organisasi. Dalam konteks ini, faktor demografi juga dianggap sebagai penentu bagi fenomena tersebut. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perbezaan ciri-ciri demografi dalam stres pekerjaan, niat untuk berhenti, dan lesu upaya. Secara khususnya, kajian ini mengandaikan wujudnya pengaruh signifikan faktor demografi seperti umur, tempoh perkhidmatan, dan status perkahwinan ke atas stres pekerjaan, niat untuk berhenti, dan lesu upaya dalam kalangan anggota bomba di Malaysia. Data kajian ini dikumpul daripada 234 anggota bomba di Malaysia menggunakan soal selidik. Seterusnya, data kajian dianalisis menerusi kaedah analisis deskriptif dan regresi menggunakan perisian SPSS versi 27. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan signifikan antara ciri-ciri demografi tersebut dalam stres pekerjaan, niat untuk berhenti, dan lesu upaya. Selaras dengan ulasan literatur, dapatan kajian ini membuktikan bahawa ciri-ciri demografi turut mempengaruhi stres pekerjaan, niat untuk berhenti, dan lesu upaya. Secara praktikalnya, kajian ini mencadangkan agar organisasi dapat memperkasakan program intervensi seperti penyeliaan yang efektif dan perkhidmatan sokongan psikologi berdasarkan ciri-ciri demografi pekerja bagi meminimumkan stres pekerjaan dan niat untuk berhenti serta menangani lesu upaya di tempat kerja. Inisiatif ini bukan sahaja membantu organisasi dalam mengekalkan bakat terbaik, bahkan menambahbaik kesejahteraan mental.

Item Type:Article
Keywords:Faktor demografi; Stres pekerjaan; Niat untuk berhenti; Lesu upaya; Anggota bomba
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23733
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:04 Jul 2024 04:30
Last Modified:09 Jul 2024 00:45

Repository Staff Only: item control page