Analisis kandungan visual terpilih dalam risalah Perayaan Hari Warisan George Town, Pulau Pinang

Lim, Xiao Wei and Darwalis Sazan, and Kumaran Rajandran, (2024) Analisis kandungan visual terpilih dalam risalah Perayaan Hari Warisan George Town, Pulau Pinang. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (2). pp. 105-116. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
465kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Perayaan Hari Warisan George Town begitu terkenal dengan warisan budayanya yang pelbagai dalam mempamerkan pengaruh budaya, tapak bersejarah dan tradisi yang unik. Walaupun perayaan ini dilihat sebagai satu tarikan malah terdapat persoalan disebalik kandungan visual, elemen tersurat dan tersirat serta ideologi disebalik perkaitan visual ini. Oleh itu, kajian ini memberi penelitian terhadap kandungan visual dalam risalah perayaan ini dan meneliti signifikasi utama yang menjadikan risalah perayaan ini sebagai salah satu tarikan UNESCO di Pulau Pinang. Objektif kajian ini adalah untuk (1) mengenal pasti kandungan visual dalam risalah, (2) menganalisis unsur tersurat dan tersirat (denotatif dan konotatif) dan (3) menganalisis perkaitan visual dengan ideologi dalam risalah ini. Bagi memenuhi kehendak objektif, kajian ini memanfaatkan kaedah penganalisisan secara kualitatif melalui analisis kandungan visual. Hal ini melibatkan penggabungan semiotik, simbolisme budaya dan retorik visual untuk mendedahkan intipati komunikatif yang tertanam dalam risalah ini. Ia menekankan bahawa risalah bukan sahaja berfungsi sebagai alat promosi tetapi sebagai naratif visual yang memberikan pandangan mendalam tentang Perayaan Hari Warisan George Town. Hasilnya, budaya yang mewakili simbol kepelbagaian berbilang kaum boleh dilihat sebagai elemen eksplisit yang paling menonjol seperti mercu tanda bersejarah dan persembahan teks dan budaya. Manakala unsur tersirat pula menunjukkan imej Melayu, Cina dan India sebagai tanda perpaduan yang mewakili identiti Perayaan Warisan George Town. Kajian ini menyediakan asas untuk memelihara dan membudayakan Perayaan Warisan George Town untuk menyatupadukan masyarakat. Implikasi hasil kajian ini menekankan tentang signifikasi elemen budaya yang direpresentasikan secara visual sebagai satu promosi dan pemahaman Perayaan Hari Warisan George Town dalam kalangan masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Analisis visual; risalah; George Town; Pulau Pinang; Hari Perayaan Warisan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23736
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:04 Jul 2024 04:30
Last Modified:09 Jul 2024 00:46

Repository Staff Only: item control page