Penggunaan dan pengamalan kajian Bahasa Iban: Sorotan Literatur Bersistematik

Doratya Gerry, and Harishon Radzi, and Fazal Mohamed Mohamed Sultan, (2024) Penggunaan dan pengamalan kajian Bahasa Iban: Sorotan Literatur Bersistematik. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (2). pp. 153-166. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
538kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Tinjauan kajian lepas terhadap bahasa Iban masih perlu dijalankan dengan lebih sistematik. Hal ini kerana, para pengkaji lepas banyak memberikan tumpuan secara deskriptif sahaja terutamanya dalam menjalankan analisis terhadap tinjauan lepas. Kajian terhadap bahasa ini berfokus kepada penelitian tinjauan kajian lepas terhadap penggunaan dan pengamalan Bahasa Iban. Kajian ini dijalankan untuk dijadikan sebagai pengukuhan kepada penggunaan dan pengamalan kajian dalam bahasa Iban. Tinjauan literatur merangkumi aspek sastera dan budaya yang merujuk kepada sejarah dan kepercayaan. Seterusnya, dari aspek pendidikan memberi fokus kepada masalah kekurangan guru bahasa Iban dan tahap pengetahuan pedagogi guru bahasa Iban. Selain itu, tinjauan lepas melihat kepada aspek lingusitik seperti sistem tulisan bahasa Iban, kosa kata bahasa Iban dan asas pembentukan ayat dalam bahasa Iban. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pencarian seperti (1) Scopus dan Web of Science (WOS), Google Scholar dan My Cite dengan menggunakan analisis secara sistematik. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa pengkaji lepas lebih banyak meneliti aspek sastera dan budaya berbanding aspek pendidikan dan linguistik. Dapatan juga menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan oleh para pengkaji lepas adalah secara tidak terperinci. Hasil yang didapati dalam membuat tinjauan sistematik ini menunjukkan bahawa penerbitan artikel terhadap bahasa Iban lebih banyak diterbitkan di pangkalan data berindex seperti Google Scholar dan My Cite. Kesan daripada hasil ini dapat membolehkan pengkaji mengisi ruang kosong yang telah ditinggalkan oleh pengkaji lepas terhadap kajian bahasa Iban. Dengan itu, pengkaji dapat memberi sumbangan utama kepada kajian ini khususnya tinjauan secara sistematik sekaligus dapat melestarikan penggunaan dan pengamalan bahasa Iban pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Iban; Penggunaan dan pengamalan; Sastera dan budaya; Pendidikan; Linguistik; Sorotan literatur bersistematik
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23743
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:04 Jul 2024 04:31
Last Modified:09 Jul 2024 00:58

Repository Staff Only: item control page