Naratif politik ‘khianat’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15): analisis 11 kerusi parlimen panas

Shahidah Abdul Razak, and Fadhirul Hisham Aziz, and Mohd Faiz Ismail, and Norashikin Mohd Mokhtar, (2024) Naratif politik ‘khianat’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15): analisis 11 kerusi parlimen panas. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (2). pp. 167-177. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
432kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Artikel ini berhujah bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada November 2022 merupakan satu titik perubahan bagi Pakatan Harapan (PH) terutama sekali PKR untuk merampas kembali 11 kerusi ahli parlimen mereka yang telah berpaling tadah sewaktu ‘Langkah Sheraton’. Dihujahkan bahawa naratif khianat telah dibangkitkan sebagai satu strategi mobilisasi yang mampan dalam usaha untuk mengukuhkan semula identifikasi kepartian dalam konteks PH-PKR sebagai satu simbol untuk menggugat keberadaan rejim hibrid. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmanakah PKR mengolah naratif politik khianat untuk mengukuhkan kedudukan kepartian mereka di dalam konteks PRU15. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif sebagai teknik untuk mengumpul, memperoleh, dan menganalisis data. Penulis juga berkesempatan untuk menjadikan kajian lapangan sebagai salah satu teknik untuk memperoleh data primer dengan mengunjungi beberapa kawasan Parlimen yang terpilih dan berkaitan dengan kajian penulis. Hasil kajian ini mendapati bahawa naratif politik yang dibangkitkan oleh PKR telah berjaya diolah dan hasilnya PKR berjaya merampas kembali beberapa buah kerusi tradisi mereka. Kajian ini mempersembahkan satu kerangka baharu di dalam konteks kajian pilihan raya dan politik Malaysia di mana ia dilihat sebagai satu platform yang berpotensi untuk dijadikan rujukan umum dan rujukan dasar.

Item Type:Article
Keywords:Kerusi panas; Khianat; Pilihan Raya Umum Ke-15; Barisan Nasional; Pakatan Harapan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23747
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:04 Jul 2024 04:31
Last Modified:09 Jul 2024 00:58

Repository Staff Only: item control page