Nurul Ain Alizuddin, and Fazal Mohamed Mohamed Sultan, and Siti Noraini Hamzah, (2024) Kajian Tinjauan Literatur Sistematik (SLR) berkaitan dialek Melayu menggunakan pendekatan program minimalis. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (2). pp. 214-224. ISSN 1823-884x
|
PDF
484kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Kajian mengenai dialektologi semakin berkembang dan mendapat tumpuan dalam kalangan sarjana bahasa di Malaysia. Antara isu yang dibahaskan meliputi pelbagai bidang kajian seperti fonologi, morfologi, dan semantik. Namun, kajian berkaitan dialek Melayu dari aspek sintaksis kurang mendapat perhatian dan masih memerlukan kajian lanjutan. Justeru, kajian ini memfokuskan kajian literatur sistematik (SLR) berkaitan dialek Melayu dari aspek sintaksis yang menggunakan pendekatan Program Minimalis (PM) dalam kajian terdahulu. Kajian kualitatif ini menerapkan reka bentuk analisis dokumen yang dihurai secara deskriptif berdasarkan analisis tinjauan literatur sistematik. Melalui enjin carian pangkalan Scopus, Web of Science (WOS), Science Direct, Google Scholar dan My Cite, artikel kajian yang menepati kriteria pemilihan telah dipilih dalam tempoh 13 tahun bermula pada tahun 2011 sehingga Januari 2024. Proses pemilihan artikel berdasarkan proses carta alir Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Seterusnya, analisis yang dilakukan merangkumi aspek latar belakang kajian, permasalahan, metodologi dan dapatan kajian terdahulu. Hasil kajian memperlihatkan sebanyak 12 artikel telah dikenal pasti dan menepati kriteria pemilihan. Walau bagaimanapun, artikel tersebut memfokuskan golongan kata kerja, kata kerja bantu dan kata soal. Oleh itu, kajian dialek dari aspek sintaksis perlu diperluas dan dintegrasikan dengan kajian akan datang untuk mengenal pasti isu baharu berkaitan dengan kajian dialek di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kajian literatur sistematik; Preferred reporting items for systematic reviews and meta-analyse; Dialek Melayu; Sintaksis; Program minimalis |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 23759 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 04 Jul 2024 04:31 |
Last Modified: | 09 Jul 2024 01:38 |
Repository Staff Only: item control page