“Mengapa Telefon Bimbit Sangat Penting”: penerokaan pandangan 30 orang gelandangan bekas banduan di Jalan Chow Kit

Mohd Alif Jasni, and Nazirah Hassan, and Fauziah Ibrahim, and Mohammad Rahim Kamaluddin, and Sabri Sulaiman, (2024) “Mengapa Telefon Bimbit Sangat Penting”: penerokaan pandangan 30 orang gelandangan bekas banduan di Jalan Chow Kit. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (2). pp. 255-269. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
540kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Telefon bimbit merupakan medium penting yang dijangka dapat melancarkan proses integrasi semula dalam kalangan gelandangan bekas banduan sepanjang berada di dalam komuniti. Hal ini demikian kerana penggunaan telefon bimbit dapat membantu gelandangan dan bekas banduan untuk mengakses maklumat terhadap keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, peluang pekerjaan, komunikasi dengan ahli keluarga dan rakan, termasuklah menawarkan fungsi keselamatan. Namun demikian, penggunaan telefon bimbit masih kurang diketahui dalam kalangan gelandangan bekas banduan sebagai salah satu medium teknologi sepanjang hidup di jalanan. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan sebuah kaedah kajian kualitatif dengan meneroka pandangan dan keinginan gelandangan bekas banduan terhadap telefon bimbit. Analisis tematik yang telah dilakukan ke atas transkrip temu bual yang membawa kepada dua tema superordinat utama, iaitu tema yang pertama berkaitan pandangan terhadap telefon bimbit sebagai keperluan asas untuk berniaga, berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, mendapatkan hiburan, mendapatkan maklumat tentang pemberian makanan dan mengetahui tentang berita semasa. Selain itu, tema superordinat kedua telah menunjukkan hasrat mereka untuk memiliki telefon bimbit sebagai keperluan asas apabila berada di jalanan. Keadaan ini memberi gambaran tentang kepentingan telefon bimbit dalam kalangan gelandangan bekas banduan. Senario ini menunjukkan kebergantungan telefon bimbit yang sangat penting buat gelandangan bekas banduan sepanjang hidup di jalanan dan perasaan kepuasan terhadap fungsi telefon bimbit. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini diharapkan dapat menambahkan pengetahuan tentang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan gelandangan bekas banduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), TELCO (Rangkaian Syarikat Telekomunikasi) dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Item Type:Article
Keywords:Telefon bimbit; Komunikasi; Gelandangan bekas banduan; Keinginan; Integrasi semula; Aksesibiliti
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23762
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:04 Jul 2024 04:32
Last Modified:09 Jul 2024 01:50

Repository Staff Only: item control page