Mohd Firdaus Mohamad Darwi, and Wan Haslan Khairuddin, and Abdull Rahman Mahmood, (2024) Tema dan isu induk perbahasan akidah dalam al-Muqaddimāt karya Muhammad bin Yūsuf al-Sanūsī. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 21 (2). pp. 341-354. ISSN 1823-884x
|
PDF
584kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Al-Muqaddimāt merupakan salah satu karya akidah Muhammad bin Yūsuf al-Sanūsī yang masyhur. Walaubagaimanapun, tema dan isu perbahasan yang dimuatkan di dalam karya tersebut dilihat amat berbeza dengan karya-karya akidah lain. Ini kerana perbahasan ilāhiyyāt, nubūwwāt dan samʻiyyāt yang menjadi perbahasan utama akidah tidak diperbahaskan secara khusus di dalamnya. Justeru, artikel ini dihasilkan bagi melihat secara mendalam apakah tema dan isu induk yang terdapat dalam al-Muqaddimāt selain menonjolkan hubungkait karya tersebut dengan karya-karya akidah lain serta peranannya dalam kajian-kajian akidah. Objektif dan perbincangan yang diketengahkan melalui artikel ini ialah: [i] pengenalan terhadap al-Muqaddimāt; [ii] tema dan isu perbahasan akidah dalam al-Muqaddimāt; dan [iii] peranan serta kepentingan al-Muqaddimāt dalam kajian akidah. Penulisan artikel ini dilakukan berasaskan kajian kualitatif dengan metode analisis kandungan terhadap al-Muqaddimāt berserta huraiannya yang berjudul Sharḥ al-Muqaddimāt yang juga merupakan karya al-Sanūsī. Selain itu, karya-karya ulama lain yang berkaitan dengan perbincangan juga dilihat bagi mengukuhkan analisis. Dapatan awal mendapati bahawa al-Muqaddimāt berserta huraiannya merupakan salah satu dari lima karya akidah utama al-Sanūsī yang digelar al-Silsilah al-ʻAqdiyyah al-Sanūsiyyah (rantaian karya-karya akidah al-Sanūsī). Ia berperanan sebagai pengantar kepada karya-karya akidah dan ilmu Kalam yang berteraskan fahaman Ahli Sunah Waljamaah. Memahami kandungan al-Muqaddimāt secara mendalam dilihat menjadi pemangkin kepada pemahaman akidah yang benar menerusi karya-karya lain. Justeru, pemahaman akidah melalui karya-karya lain amat bergantung kepada pemahaman kandungan al-Muqaddimāt terlebih dahulu kerana peranannya sebagai pengantar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Muhammad bin Yūsuf al-Sanūsī; al-Muqaddimāt; Perbahasan akidah; Tema; Isu induk |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 23767 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 04 Jul 2024 04:32 |
Last Modified: | 09 Jul 2024 03:11 |
Repository Staff Only: item control page