Teknik Fuzzy Delphi: reka bentuk inovasi imbuhan menurut konsensus pakar

Amirra Shazreena Aminul Razin, and Vijayaletchumy Subramaniam, (2024) Teknik Fuzzy Delphi: reka bentuk inovasi imbuhan menurut konsensus pakar. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12 (2). pp. 16-27. ISSN 2289-4268

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Pengajaran abad ke-21 merupakan satu pendekatan yang sesuai seiring dengan era globalisasi dalam melahirkan generasi baharu yang berwibawa dan berketerampilan. Sehubungan itu, makalah ini membentangkan elemen Permainan Inovasi Imbuhan berdasarkan pembelajaran abad ke-21. Kajian ini juga bertujuan mendapatkan kesepakatan pakar dalam keperluan komponen utama, elemen dalam komponen utama dan turutan kedudukan (ranking) keutamaan komponen utama untuk setiap konstruk reka bentuk dan pembangunan Permainan Inovasi Imbuhan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan teknik Fuzzy Delphi. Pendekatan yang digunakan dalam mengumpulkan data kajian ialah instrumen soal selidik yang terdiri daripada satu konstruk dan terbahagi kepada lima item. Seramai 18 orang pakar bahasa Melayu telah terlibat dalam pembentukan elemen reka bentuk Permainan Inovasi Imbuhan ini. Hasil daripada analisis melalui kaedah Fuzzy Delphi, tiada unsur dalam reka bentuk Permainan Inovasi Imbuhan digugurkan melalui konsensus pakar. Dalam pada itu, panel pakar telah bersetuju dengan item dan elemen yang ditetapkan dalam reka bentuk Permainan Inovasi Imbuhan, iaitu penanda sebagai wakil murid dalam Permainan Inovasi Imbuhan, kad info imbuhan sebagai nota tambahan dan murid dapat belajar sambil bermain, papan sebagai tapak Permainan Inovasi Imbuhan, dadu sesuai digunakan sebagai penentuan jumlah langkah Permainan Inovasi Imbuhan dan token sebagai pengumpulan markah murid dalam Permainan Inovasi Imbuhan. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua item dan elemen bernilai threshold d kurang daripada 0.2, peratusan persetujuan pakar melebihi 75.0% manakala Defuzzication (alpha-cut) telah melebihi 0.5. Kesimpulannya, reka bentuk Permainan Inovasi Imbuhan telah diterima dan mempunyai konsensus pakar sepenuhnya. Melalui kajian ini, satu reka bentuk inovasi imbuhan yang berkualiti dapat didirikan untuk membantu murid yang mempunyai permasalahan dalam topik imbuhan bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Teknik Fuzzy Delphi; Inovasi; Imbuhan; Pembelajaran; Pengajaran; PAK21
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:23787
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:04 Jul 2024 08:45
Last Modified:09 Jul 2024 06:42

Repository Staff Only: item control page