Perubahan morfologi bandar dan usaha pemuliharaan bandar lama kecil di Malaysia kajian kes: Bandar Chukai

Muhammad Afiq Wasie Mohd Asri, and Nor Zalina Harun, and Muhamad Solehin Fitry Rosley, and Khalilah Zakariya, (2024) Perubahan morfologi bandar dan usaha pemuliharaan bandar lama kecil di Malaysia kajian kes: Bandar Chukai. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12 (2). pp. 63-78. ISSN 2289-4268

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Berdasarkan kaedah yang digariskan oleh UNESCO World Heritage Centre dalam Historic Urban Landscape (HUL), kaedah pemetaan yang komprehensif merupakan langkah awal bagi menjamin keberkesanan pemuliharaan bandar bersejarah. Dalam konteks kajian pemetaan di peringkat tempatan, Kuala Lumpur, Georgetown dan Melaka adalah antara bukti pemuliharaan bandar bersejarah yang berkesan di Malaysia. Data pemetaannya telah diurus dengan baik sehingga mendorong kepada pelan pelaksanaan pemuliharaan yang lengkap. Namun situasi sebaliknya berlaku ke atas bandar bersejarah bersaiz kecil. Akibatnya, berlaku gangguan terhadap morfologi bandar bersejarah sehingga mengancam aset warisan setempat terutamanya melibatkan bangunan warisan. Justeru, kajian ini berhasrat untuk meneroka tahap pelaksanaan pemetaan warisan di sebuah bandar pesisir air iaitu Bandar Chukai, Terengganu. Selain itu, kajian ini turut mencadangkan data pemetaan terkini sebagai langkah terkehadapan dalam memelihara morfologi bandar bersejarah. Kajian ini memperoleh dapatan melalui data pemetaan yang pernah dilaksanakan secara berfasa dan temu bual separa berstruktur bersama pihak berautoriti dalam pelaksanaan kerja pemuliharaan bandar ini. Responden terdiri daripada pegawai muzium daerah, perancang bandar di peringkat daerah dan peringkat negeri. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Analisa bertema yang bersandarkan kepada garis panduan daripada implementasi HUL. Hasil kajian mendapati berlakunya pengabaian pemuliharaan khususnya dalam pelaksanaan pemetaan oleh pihak berautoriti. Kelompongan ini lalu mendorong kepada gangguan morfologi bandar khususnya terhadap plot bangunannya. Kajian ini menyimpulkan bahawa kelompongan dalam peringkat awal pemuliharaan memerlukan perhatian serius. Sebagai salah satu kaedah penyelesaian, kajian ini mengemukakan penghasilan pemetaan terkini menggunakan kaedah GIS bagi tujuan rujukan kajian akan datang dalam konteks mengenal pasti aset warisan melalui bangunan warisan yang masih berdiri di Bandar Chukai.

Item Type:Article
Keywords:Bandar bersejarah; Morfologi; Warisan; Pemetaan; Pemuliharaan
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:23791
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:04 Jul 2024 08:45
Last Modified:09 Jul 2024 06:43

Repository Staff Only: item control page