Usha Nagasundram, and Vijayaletchumy Subramaniam, (2024) Modul Celik Huruf dalam Kata Nama Am dan Kata Nama Khas dalam kalangan murid SJK(T) Kajang dan SJK(T) Batu Caves. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12 (2). pp. 91-99. ISSN 2289-4268
|
PDF
296kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Abstract
Kesilapan dalam menggunakan huruf kecil dan huruf besar menjadi satu halangan dalam membentuk ayat yang gramatis dalam bahasa Melayu. Bagi mengatasi isu ini, Modul Celik Huruf Kecil dan Besar dalam Kata Nama Am dan Kata Nama Khas telah dibangunkan dengan menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein (2007). Struktur modul disusun mengikut Teori Elaborasi yang diperkenalkan oleh Reigeluth dan Stein (1983). Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kesan Modul Celik Huruf dalam Kata Nama Am dan Kata Nama Khas terhadap kemahiran bahasa Melayu dalam kalangan murid yang bukan penutur asli. Responden kajian terdiri daripada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T), dengan melibatkan 120 murid darjah 5 dari SJK(T) Kajang dan SJK(T) Batu Caves. Keberkesanan modul dinilai melalui ujian pra dan ujian pasca. Skor penilaian murid dianalisis secara statistik deskriptif dengan mengambil kira peratusan dan frekuensi skor tersebut. Hasil analisis kajian menunjukkan peningkatan peratusan pencapaian murid dalam ujian pasca setelah mereka menggunakan modul. Hasil kajian menunjukkan bahawa Modul Celik Huruf dalam Kata Nama Am dan Kata Nama Khas dapat memudahkan pemahaman murid terhadap penggunaan huruf yang betul dalam penulisan dan secara tidak langsung membantu para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, khususnya dalam aspek penulisan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Huruf kecil; Huruf besar; Kata Nama Am; Kata Nama Khas; Modul |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 23793 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 04 Jul 2024 08:45 |
Last Modified: | 09 Jul 2024 06:44 |
Repository Staff Only: item control page