Analisis homofon, homonim dan homograf dalam dialek Melayu Kelantan dan Bahasa Jepun dengan menggunakan analisis kontrastif

Ahmad Mukhlis Zanala Abidin, and Normalis Amza, (2024) Analisis homofon, homonim dan homograf dalam dialek Melayu Kelantan dan Bahasa Jepun dengan menggunakan analisis kontrastif. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (1). pp. 1-21. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
408kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Kelantan Darul Naim merupakan sebuah negeri yang kaya dengan bahasanya. Manakala bahasa Jepun merupakan bahasa yang sangat unik. Pengkaji memilih dialek Melayu Kelantan (DMK) dan bahasa Jepun (BJ) untuk dibuat perbandingan dialektologi daripada sudut semantik. Bagi meneruskan usaha kajian berkaitan dialektologi khususnya DMK, pengkaji mengambil langkah alternatif dengan memberi fokus kepada analisis kontrastif antara DMK dan BJ supaya kajian ini dapat dikembangkan. Kajian menyenaraikan persamaan antara DMK dan BJ dengan menggunakan analisis kontrastif, menyenaraikan perkataan yang boleh digolongkan sebagai homonim, homofon dan homograf. Seterusnya pengkaji menganalisis makna perkataan yang tergolong sebagai homonim, homofon dan homograf tersebut di antara DMK dengan BJ dalam kalangan pelajar penutur natif DMK di UKM. Kajian ini menggunakan kajian lapangan dengan melakukan soal selidik dan temubual. Responden yang terlibat merupakan 3 orang penutur natif DMK yang pernah menetap di negara Jepun. Data kemudiannya disaring, ditranskripsi dan seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan analisis kontrastif. Selain itu, borang soal selidik diedarkan kepada 20 orang penutur natif DMK yang mempelajari BJ untuk membuktikan fenomena ini antara DMK dan BJ. Dapatan kajian menunjukkan bahawa DMK dan BJ mempunyai banyak persamaan daripada segi suku kata, sebutan dan terdiri daripada dua atau tiga suku kata. Kesimpulanya, persamaan yang wujud di antara DMK dan BJ menimbulkan fenomena tersebut. Hal ini dapat dibuktikan menerusi analisis kontrastif iaitu kajian perbandingan tentang dua bahasa atau lebih yang menitik beratkan pada ketidaksamaan namun tidak menafikan persamaanya. Implikasi fenomena ini terdiri daripada kesan positif dan negatif pengaruh bahasa pertama pelajar dalam proses mereka mempelajari bahasa asing iaitu BJ.

Item Type:Article
Keywords:Dialek Melayu Kelantan; Bahasa Jepun; Homofon; Homonim; Homograf
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:23796
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:05 Jul 2024 04:00
Last Modified:10 Jul 2024 07:54

Repository Staff Only: item control page