Persepsi masyarakat Malaysia terhadap Pilihan Raya Umum Ke-15 : analisis semantik kognitif

Azizah, and Siti Noraini Hamzah, (2024) Persepsi masyarakat Malaysia terhadap Pilihan Raya Umum Ke-15 : analisis semantik kognitif. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (1). pp. 1-23. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
585kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Bahasa merupakan wadah penting dalam penyampaian maklumat kepada manusia. Hal ini demikian kerana bahasa menjadi medium kepada manusia untuk menyampaikan fikiran, menzahirkan permintaan, memberi arahan, berbincang, mengajukan soalan dan sebagainya. Dalam konteks kajian ini, penumpuan diberikan kepada persepsi masyarakat berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 melalui aplikasi Twitter. Kajian ini berobjektifkan untuk mengenal pasti metafora yang terlibat dalam twit Pilihan Raya Umum ke-15, menghuraikan metafora yang terlibat dan memetakan metafora kepada skema imej yang berkaitan. Data dalam kajian ini diambil daripada aplikasi Twitter dengan menggunakan fungsi carian. Sebanyak 72 twit telah dianalisis untuk melihat konsep yang wujud dalam minda masyarakat Malaysia yang berkaitan dengan politik semasa Pilihan Raya Umum ke-15. Empat fasa yang berbeza diambil untuk melihat perubahan persepsi masyarakat Malaysia iaitu fasa sebelum PRU-15, fasa selepas PRU-15, fasa sebulan selepas kerajaan baru dibentuk dan fasa selepas Belanjawan 2023 dibentangkan. Kajian persepsi masyarakat ini dikaji dengan menggunakan Teori Semantik Kognitif. Hasil dapatan menunjukkan bahawa persepsi negatif lebih mendominasi berbanding persepsi positif. Twit yang berkaitan dengan kewangan pula menjadi isu utama yang dibincangkan dalam aplikasi Twitter kerana telah menyumbang kepada 31.94% daripada keseluruhan data. Kajian ini cuba untuk menggunakan teori linguistik bagi mengkaji persepsi masyarakat Malaysia secara umumnya. Secara keseluruhannya, penggunaan semantik kognitif dapat menunjukkan cara masyarakat Malaysia mengkonsepsikan sesebuah metafora berdasarkan sudut pandang politik.

Item Type:Article
Keywords:Twitter; Semantik kognitif; Pilihan raya; Skema imej; Persepsi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:23797
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:05 Jul 2024 04:08
Last Modified:10 Jul 2024 07:55

Repository Staff Only: item control page