Perkembangan konsep Islam moderat dan implikasinya terhadap keabsahan pemerintahan Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Sharifah Umairah Syed Mustaffa, and Abdul Muein Abadi, (2024) Perkembangan konsep Islam moderat dan implikasinya terhadap keabsahan pemerintahan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Jurnal Wacana Sarjana, 8 (1). pp. 1-24. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
375kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Pengaruh agama dalam kajian politik mula mendapat perhatian kembali oleh para pengkaji selepas peristiwa Arab Spring tercetus yang telah memberi platform kepada gerakan-gerakan agama yang bersifat multinasional untuk menggugat kedudukan rejim pemerintah. Melalui persekitaran politik di rantau Timur Tengah yang bersifat autokratik dan konservatif, kajian ini mengenalpasti tindakan agresif kerajaan UAE terhadap gerakan Islamis dan usaha mempromosikan perbahasan agama berkonsepkan Islam Moderat secara top-down bagi membentuk identiti agama yang berbeza dari negara-negara jiran. Analisis kualitatif melalui pengumpulan maklumat dan bahan rujukan bertujuan untuk 1) mengenalpasti sejarah dan faktor perkembangan Islam Moderat di UAE. Hipotesis awal pengkaji menegaskan bahawa terdapat tiga bentuk pendekatan kerajaan dalam menentukan acuan konsep Islam di UAE iaitu melalui kekerasan ke atas golongan Islamis, kawalan terhadap institusi agama dan mempromosikan naratif keserderhanaan melalui pelbagai platform di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Tambahan lagi, kerajaan mempromosikan aliran yang saling bertentangan iaitu Neo-tradisionalis dan anti-tradisionalis, namun memiliki persamaan dari sudut pendirian terhadap pemisahan agama daripada campur tangan politik. Justeru, kajian ini akan meneliti konsep Islam Moderat di UAE dan implikasinya terhadap keabsahan rejim monarki.

Item Type:Article
Keywords:Islam Moderat; UAE; Arab spring; Anti-tradisionalis; Neo-tradisionalis
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:23798
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:05 Jul 2024 07:16
Last Modified:10 Jul 2024 07:56

Repository Staff Only: item control page