Siti Nur Ain Mohd Yazid, and Junaidi Awang Besar, (2024) Pengaruh program pembangunan terhadap pilihan politik pengundi dikawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok, Rantau Panjang, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (1). pp. 1-20. ISSN 2600-9501
|
PDF
817kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...
Abstract
Politik di Malaysia seringkali menjadi polemik yang begitu hangat pada setiap kali menjelangnya pilihan raya umum (PRU). Kuasa pemilihan parti politik dalam memegang tampuk kerajaan adalah terletak kepada kuasa undi rakyat. Rakyat akan mengambil kira daripada pelbagai aspek dalam menentukan pengemudi yang akan memerintah negara serta membina kerajaan yang lebih baik. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pengaruh program pembangunan terhadap pilihan politik pengundi di kawasan dewan undangan negeri (DUN) Chetok, Rantau Panjang, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik iaitu melibatkan 51 responden, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data digunakan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0. Hasil kajian mendapati bahawa 76.5 peratus responden yang mempunyai tahap pengetahuan dan kefahaman yang jelas berkenaan konsep pembangunan di kawasan kajian. Dalam pada itu, persepsi politik responden berkenaan minat mereka terhadap politik adalah lebih kepada tidak berminat iaitu sebanyak 56.9 peratus namun hampir separuh responden yang meminati politik iaitu sebanyak 43.1 peratus. Seterusnya, 64.7 peratus responden yang menyokong bahawa program pembangunan yang dilakukan oleh pihak tertentu dapat menentukan pilihan politik di kawasan kajian. Namun begitu, segelintir responden iaitu sebanyak 13.7 peratus yang tidak menyokong berkenaan penentuan pilihan politik adalah disebabkan oleh program pembangunan malah 21.6 peratus responden yang tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Kesimpulannya, kajian ini begitu penting dalam menambah ilmu pengetahuan serta sekaligus dapat menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya. Kajian ini turut dapat menjadi rujukan kepada parti politik dan pihak kerajaan supaya dapat meneliti isu dan permasalahan yang berlaku agar lebih peka dalam memenuhi keperluan masyarakat sebaik mungkin.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Polemic; Political parties; Folk; Development; Political choice |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 23799 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 05 Jul 2024 07:37 |
Last Modified: | 10 Jul 2024 07:57 |
Repository Staff Only: item control page