Ahmad Nasran Mohd Zahari, and Ahamad Jama’Amin Yang, (2024) Pembudayaan nilai patriotisme melalui mata pelajaran sejarah dalam strategi pengajaran guru sekolah rendah : satu tinjauan umum. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (1). pp. 1-10. ISSN 2600-9501
|
PDF
255kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...
Abstract
Pembudayaan nilai patriotisme melalui mata pelajaran Sejarah merupakan satu bidang yang meluas terutamanya di peringkat fasa persekolahan. Dalam konteks ini, perwatakan guru sememangnya memainkan peranan penting sebagai watak utama dalam memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran(PdP) dapat dilaksanakan secara menyeluruh seiring dengan matlamat yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kertas kerja ini dilaksanakan berdasarkan objektif utama kajian untuk memperincikan strategi pengajaran guru sejarah sekolah rendah dalam membudayakan nilai patriotisme serta dihubungkaitkan dengan isu dan cabaran dalam konteks pembudayaannya melalui mata pelajaran Sejarah dengan menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan tinjauan kajian literatur. Sorotan literatur turut mendapati bahawa strategi pembudayaan nilai patriotisme oleh guru melalui mata pelajaran Sejarah ialah dengan memberi penekanan terhadap konteks seperti aktiviti pembelajaran, penjelasan dan penegasan nilai, latihan dan soal jawab nilai serta contoh teladan yang baik sebagai teras utama pembudayaan. Tinjauan kajian literatur juga menunjukkan isu dan cabaran seperti faktor kekangan masa PdP, tingkah laku murid sepanjang PdP berlangsung dan kekurangan variasi aktiviti pembelajaran turut menjadi penghalang dalam mencapai keberhasilan. Justeru, pendedahan yang diperoleh daripada tinjauan kajian literatur ini mendapati bahawa suatu gambaran jelas dapat dilihat terhadap tahap keberkesanan dalam usaha meningkatkan konteks pembudayaan nilai patriotisme melalui mata pelajaran Sejarah dalam strategi pengajaran guru sekolah rendah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pembudayaan; Nilai patriotisme; Mata pelajaran Sejarah; Strategi pengajaran; Guru sekolah rendah |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 23803 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 05 Jul 2024 08:05 |
Last Modified: | 10 Jul 2024 08:00 |
Repository Staff Only: item control page