Dineswaran Navarasan, and Elankovan A. Sundararajan, (2024) Penyimpanan data sulit dalam persekitaran berbilang awan. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (1). pp. 1-24. ISSN 2600-9501
|
PDF
1MB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...
Abstract
Pengkomputeran awan telah berkembang selama bertahun-tahun untuk mengatasi kekangan pengiraan dan penyimpanan peranti mudah alih. Kekangan storan boleh diatasi melalui storan awan dengan ketersediaan sambungan internet. Walaupun pengkomputeran awan mempunyai faedahnya, kebimbangan keselamatan mengenai data pengguna masih wujud. Data yang disimpan di dalam awan dihantar melalui Internet dimana pengguna tidak mempunyai kawalan dan terdedah kepada penyalahgunaan data yang disebabkan oleh perisian hasad atau serangan orang dalam. Kajian ini bertujuan untuk memastikan keselamatan data dalam berbilang awan awam dengan pelbagai jenis penyulitan, teknik penghirisan dan juga panduan penggnaan aplikasi tersedia untuk pengguna. Aplikasi yang dicadangkan akan menyulitkan data di mana berbilang algoritma penyulitan disediakan dan ia juga memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih jenis teknik penghirisan yang hendak digunakan. Selepas fail disulitkan, fail akan dihiris kepada segmen- segmen kecil di mana ia akan menjalani proses perawakkan dan dimuat naik secara rawak pada berbilang storan awan yang berbeza. Pengguna yang masih baru dalam dunia digital akan dibekalkan dengan beberapa maklumat dan penjelasan ringkas tentang apa itu penyulitan dan cara teknik penghirisan berfungsi pada data mereka. Langkah keselamatan yang dilaksanakan akan menghalang penyalahgunaan data pada awan walaupun salah satu akaun awan digodam. Ia juga memberi pengguna kebebasan untuk memilih jenis penyulitan dan teknik penghirisan untuk digunakan pada fail peribadi mereka, memberikan lapisan keselamatan tambahan untuk mengelakkan data mereka daripada dicuri ataupun hilang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penyulitan; Penghirisan; Perawakkan; Berbilang awan; Penyimpanan data sulit |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 23804 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 05 Jul 2024 08:11 |
Last Modified: | 10 Jul 2024 08:00 |
Repository Staff Only: item control page