Siti Raudhatul Jannah Iskandar Miza, and Harishon Radzi, (2024) Pembentukan kata tunggal bahasa Semai dalam buku teks tahun 1 dan 2 : analisis berdasarkan Prinsip Tatabahasa Dewan. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (1). pp. 1-12. ISSN 2600-9501
|
PDF
909kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...
Abstract
Kaum-kaum yang ada di Malaysia berstatus majoriti dan minoriti menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Antara kaum yang ada di Malaysia ialah suku kaum orang asli seperti bahasa asli Semai, bahasa asli Melayu-Proto dan bahasa asli Che Wong. Pengkaji melaksanakan kajian mengenai bahasa asli Semai yang memfokuskan tentang pembentukan kata tunggal dalam buku teks bahasa Semai tahun satu dan dua. Kata tunggal banyak digunakan dalam konteks berbahasa. Hal ini demikian kerana kata tunggal adalah asas sebelum berlakunya sebarang penggandaan dan juga pengimbuhan. Pengkaji mengambil kata tunggal yang ada dalam karya bukan prosa seperti sajak dan pantun. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti bentuk kata tunggal yang terdapat dalam karya bukan prosa, mengkategorikan kata tunggal tersebut berdasarkan penggolongan kata dan juga menghuraikan proses pembentukan kata tunggal dengan menggunakan Prinsip Tatabahasa Dewan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan pendekatan analisis deskriptif. Kaedah kajian ini dilakukan adalah dengan mengumpulkan data, menganalisis, mengkategorikan data kepada penggolongan kata seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi nama. Data juga akan dijadualkan mengikut penggolongan kata dan carta pai bagi memperoleh maklumat yang tepat. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat penggunaan kata tunggal dalam karya bukan prosa yang terkandung dalam buku teks bahasa Semai tahun satu dan dua. Kesimpulannya, kajian ini merupakan salah satu penemuan yang boleh dijadikan sebagai rujukan oleh pengkaji akan datang. Selain itu, melalui kajian ini juga, pengkaji seterusnya dapat meluaskan lagi bidang penyelidikan mengenai orang asli terutama sekali orang asli Semai.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kata tunggal; Penggolongan kata; Karya bukan prosa; Bahasa orang asli Semai; Buku teks |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 23805 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 05 Jul 2024 08:17 |
Last Modified: | 10 Jul 2024 08:02 |
Repository Staff Only: item control page